PENGENALAN

Mesyuarat Lembaga Pengarah KADA pada 28 Julai 2019 yang dipengerusikan oleh YB Senator Datuk Husam bin Musa telah bersetuju untuk menubuhkan Jawatankuasa Khas Bertindak (Task Force) KADA.

Jawatankuasa ini dianggotai oleh mereka yang berpengalaman di dalam bidang teknologi pertanian, pengurusan pengairan, ekonomi, agromakanan, ICT dan juga pembangunan sosial.

TUJUAN PENUBUHAN

1. Merangka modul latihan kursus dan program ke arah meningkatkan kemahiran pertanian, penternakan dan keusahawanan.

2. Merangka cadangan dan bentuk portal-portal pertanian berasaskan model negara luar yang lebih maju seperti India dan Jepun.

3. Membangunkan model contract farming mengikut Model Patanjali dari India.

4. Membangunkan potensi kawasan KADA sebagai destinasi eco pelancongan.

5. Merangka program menjana pendapatan lebih tinggi kepada para petani dan juga warga KADA.

6. Merangka pelan strategik KADA.


TaskForce Bil.1

Mesyuarat Jawatankuasa Khas Bertindak (Task Force) KADA Bil 1/2019 14 Ogos 2019 Bilik Mesyuarat Tan Sri Mustafa Jabar, Lembaga Pertubuhan Peladang (LPP), Kuala Lumpur.

TaskForce Bil.2

Mesyuarat Jawatankuasa Khas Bertindak (Task Force) KADA Bil 2/2019 22 Disember 2019 Bilik Mesyuarat Lembaga, Ibu Pejabat KADA, Kota Bharu.

Lawatan Ahli TaskForce KADA ke PPK

Lawatan Dr Prasad, ahli task force KADA ke PPK bersama kakitangan KADA dan Petani 24 Disember 2019


Kemaskini : 03/12/2019