Home ARKIB BERITA

ARKIB BERITA

Dilancarkan Pada 21hb. Ogos 2006. Di Ladang Merdeka Jelor, Pasir Puteh, Kelantan.

Konsep KADA Baloh Negara diilhamkan oleh YBhg. Tan Sri Datuk Seri Panglima Annuar Haji Musa, Pengerusi KADA dengan merujuk ” BALOH ” adalah sebuah ” RUMAH KECIL ” tempat simpanan hasil pertanian sebagai sumber bekalan makanan bagi satu-satu keluarga. Justeru, pengenalan konsep KADA Baloh Negara yang merupakan agenda besar KADA dalam RMK ke 9 adalah bermatlamat untuk menjadikan KADA sebagai pusat pengeluaran makanan Negara yang selaras dengan perancangan kerajaan untuk mewujudkan TERMINAL MAKANAN NEGARA di Kelantan.

MATLAMAT

  • Meningkatkan pengeluaran padi, sayur-sayuran, buah-buahan, ternakan, ternak air dan produk industri asas tani.
  • Meningkatkan pendapatan petani, penternak dan usahawan tani dalam kawasan KADA.

TERAS PELAKSANAAN

  • KUANTITI :  Meningkatkan kualiti pengeluaran dengan meningkatkan keluasan kawasan bertanam dan kadar pengeluaran.
  • KUALITI :   Meningkatkan kualiti produk ke tahap piawaian global.
  • VARIETI (Kepelbagaian) :   Mempelbagaikan produk nilai tambah.
  • PARTISIPITASI (Penyertaan) :   Melibatkan penyertaan seberapa ramai petani, penternak dan usahawan lain.
  • TEKNOLOGI :   Menumpukan kepada penggunaan teknologi di peringkat pengurusan dan pengeluaran.

PENUTUP

Bagi menjayakan konsep KADA BALOH NEGARA, setiap sumber yang ada akan digunakan sepenuhnya termasuk penyertaan seberapa ramai petani, penternak dan usahawan. PERTUBUHAN PELADANG KAWASAN dan UNIT-UNIT PELADANG akan menjadi tenaga pengerak utama dalam pelaksanaan konsep KADA Baloh Negara dengan sokongan daripada pelbagai pihak lain. Program strategik dan perancangan rapi akan dibuat terhadap program penanaman dan pengeluaran bagi memastikan setiap hasil yang dikeluarkan mendapat pasaran dan lambakan hasil. Konsep KADA BALOH NEGARA akan mendatangkan faedah yang amat besar kepada rakyat terutamanya dari segi peningkatan pendapatan dan taraf sosio ekonomi.