Penerbit Aset Penerbit Aset

«Kembali

84 Penjawat KADA Menerima Anugerah Perkhidmatan Cemerlang

84 PENJAWAT KADA MENERIMA ANUGERAH PERKHIDMATAN CEMERLANG


Seramai 84 orang penjawat KADA dari pelbagai peringkat perjawatan telah terpilih untuk menerima Anugerah Perkhidmatan Cemerlang Tahun 2010 berdasarkan laporan prestasi perkhidmatan tahun 2009.

Penganugerahan tersebut merupakan acara tradisi KADA bagi menyuntik semangat kerja dan komitmen tinggi seluruh anggota penjawat KADA untuk meningkatkan prestasi perkhidmatan masing-masing dan seterusnnya peningkatan prestasi perkhidmatan KADA secara keseluruhan.

Dibawah pelaksanaan Sistem Saraan Malaysia, Anugerah Perkhidmatan Cemerlang tidak lagi disertakan dengan pergerakan gaji tetapi diberikan Sijil Perkhidmatan Cemerlang dan hadiah prestasi RM 1,000 sebagaimana  PKPA Bil. 2 Tahun 2002.

Majlis Penganugerahan tersebut telah berlangsung pada 20 Jun 2010 di Dewan Kelantan Trade Center, Kota Bharu dan disempurnakan oleh Pengerusi KADA Tan Sri Annuar Musa.

Pada majlis itu juga, KADA turut menyampaikan penghargaan kepada 21 orang penjawat yang akan bersara pada tahun ini meliputi persaraan wajib 15 orang, persaraan pilihan 5 orang dan persaraan terbitan 1 orang.

Buat pertama kalinya, mulai tahun ini KADA memperkenalkan anugerah perkhidmatan kepada penjawatnya yang telah berkhidmat melebihi 30 tahun iaitu sijil Penghargaan Emas kepada 129 penjawat yang berkhidmat selama 30 tahun ke atas dan sijil Penghargaan Platinum kepada 22 penjawat yang telah berkhidmat melebihi 35 tahun.

Penganjuran majlis penganugerahan ini telah merangsang semangat kerja dan motivasi tinggi seluruh anggota penjawat KADA untuk meningkatkan lagi prestasi perkhidmatan kepada golongan sasar.
 

Pengerusi KADA menyampaikan Anugerah Perkhidmatan Cemerlang kepada salah seorang penerima.
Pengerusi KADA menyampaikan Anugerah Perkhidmatan Cemerlang kepada salah seorang penerima.


Penerima anugerah perkhidmatan cemerlang bergambar kenangan bersama Pengerusi dan pengurusan KADA
Penerima anugerah perkhidmatan cemerlang bergambar kenangan bersama Pengerusi dan pengurusan KADA

Penyampaian penghargaan kepada salah seorang pesara.
Penyampaian penghargaan kepada salah seorang pesara.

Penyampaian penghargaan kepada salah seorang anggota penjawat yang berkhidmat lebih 30 tahun.
Penyampaian penghargaan kepada salah seorang anggota penjawat yang berkhidmat lebih 30 tahun.