Sorotan Belanjawan 2012
Belanjawan Malaysia 2012 telah diumumkan pada 7 Oktober 2011 oleh YAB Dato' Sri Mohd Najib Tun Abdul Razak di Dewan Rakyat Malaysia. Pelan-pelan baru dan peruntukan bajet telah disediakan pada semua peringkat dan sektor pertanian tidak dilupakan.
Antara isu-isu pertama yang berkaitan dengan sektor pertanian dalam ucapan yang diberikan oleh YAB Dato 'Sri Mohd Najib Tun Abdul Razak adalah mengenai perbelanjaan dalam pembangunan. Sejumlah RM29.8 bilion akan diperuntukkan bagi infrastruktur, pertanian, industri dan pembangunan luar bandar. Ini merupakan petanda baik untuk kemajuan masa depan pertanian untuk rakyat Malaysia.
Satu program yang telah dibangkitkan semasa ucapan ialah Program Transformasi Luar Bandar (RTP). Menurut Perdana Menteri, dengan adanya RTP, ia akan "menarik pelaburan swasta, menyediakan peluang pekerjaan dan kegiatan ekonomi serta menggalakkan generasi muda kembali berkhidmat”. Ini adalah selaras dengan kenyataan awalnya bahawa Belanjawan 2012 akan mewujudkan peluang-peluang transformasi di Malaysia.
Tambahan pula, berkenaan dengan hal RTP, Perdana Menteri menyatakan rancangan untuk melaksanakan Program Lonjakan Mega Luar Bandar, dengan jumlah sebanyak RM110 juta diperuntukkan bagi rancangan ini. Program ini meliputi 6500 hektar di 11 kawasan Projek Agropolitan di seluruh negara untuk penanaman komoditi dan tanaman kontan serta ternakan ikan sangkar. Program ini akan terus menyediakan peluang perniagaan yang, mudah-mudahan, akan membawa pembangunan yang berterusan dalam industri asas tani.
Mengenai hal kenaikan harga bekalan makanan dan kesejahteraan rakyat Malaysia, Dasar Agro-Makanan 2011-2020 telah dibincangkan. Sejumlah RM 1.1 bilion telah diperuntukkan bagi pembangunan dalam sektor pertanian sahaja. Ia telah disebutkan bahawa skop bagi Dana Pertanian Komersil akan diperluaskan dimana projek-projek pertanian berinovasi dengan peruntukan RM300 juta akan disediakan. Di samping itu, kontrak program pertanian akan diperluaskan untuk memastikan bekalan makanan yang mencukupi. Rancangan ini akan dikendalikan oleh Lembaga Pemasaran Pertanian Persekutuan (FAMA) dan RM 14 juta telah disediakan di dalam bajet. Akhir sekali, 30 unit Agro Bazaar Kedai Rakyat akan dibuka bagi pasaran hasil pertanian dan produk berjenama 1 Malaysia.
Adalah diharapkan bahawa dengan program ini dan jumlah wang yang telah diperuntukkan, 2012 akan menjadi satu tahun untuk perubahan transformasi bagi sektor pertanian.
Untuk maklumat tambahan bagi peruntukan yang disediakan untuk Kementerian Pertanian dan Industri Asas Tani, sila klik pada pautan berikut dan anda boleh melihatnya di bawah tajuk Anggaran Perbelanjaan, mukasurat 223 hingga 246: http://www.treasury.gov.my/