BERITA BERITA

«Kembali

Majlis Anugerah Perkhidmatan Cemerlang 2016.

Majlis Anugerah Perkhidmatan Cemerlang & Jasamu Dikenang Tahun 2016 Lembaga Kemajuan Pertanian Kemubu (KADA) telah diadakan pada 23 April 2017 bertempat di Dewan Bunga Mas, Hotel Perdana, Kota Bharu. Majlis telah disempurnakan oleh YB. Datuk Sr. Hj Md Alwi b Che Ahmad, Pengerusi KADA.

Seramai 82 orang kakitangan KADA telah mendapat Anugerah Perkhidmatan Cemerlang, manakala 44 orang pesara KADA mendapat Anugerah Jasamu Dikenang.

Tahniah dan syabas kepada penerima APC. Semoga anugerah dan penghargaan yang diterima menjadi pemangkin serta insentif untuk menjadi kakitangan lebih cemerlang dan inovatif dalam menjalankan tugas.

 

   
         
   

 

Sumber : Bhgn. Pengurusan, Caw. Pengurusan Sumber Manusia