BERITA BERITA

«Kembali

Majlis APC 2018

Majlis Anugerah Perkhidmatan Cemerlang & Jasamu Dikenang 2018

Majlis Anugerah Perkhidmatan Cemerlang & Jasamu Dikenang Tahun 2018 Lembaga Kemajuan Pertanian Kemubu (KADA) telah diadakan pada 25 Mac 2018 bertempat di Dewan Bunga Mas, Hotel Perdana, Kota Bharu. Majlis telah disempurnakan oleh YB. Datuk Sr. Hj Md Alwi b Che Ahmad, Pengerusi KADA

Seramai 78 orang kakitangan KADA telah mendapat Anugerah Perkhidmatan Cemerlang, 42 orang pesara KADA mendapat Anugerah Jasamu Dikenang, 3 orang penerima anugerah Emas (30 tahun perkhidmatan) dan 35 orang mendapat anugerah Platinum (35 tahun perkhidmatan).

Tahniah dan syabas kepada penerima APC. Semoga anugerah dan penghargaan yang diterima menjadi pemangkin serta insentif untuk menjadi kakitangan lebih cemerlang dan inovatif dalam menjalankan tugas.

 

Sumber : Bhgn. Pengurusan, Caw. Pengurusan Sumber Manusia

 

Kemaskini : 29/03/2018