BERITA BERITA

«Kembali

Majlis Perasmian Program My Kampung My Future (MKMF)

Majlis Perasmian Program My Kampung My Future (MKMF)

Majlis Perasmian Program My Kampung My Future (MKMF) Mukim Pengkalan Datu, Kota Bharu, Kelantan telah berlangsung pada 21 April 2018. Majlis disempurnakan oleh YBhg.Dato' Mohd Sallehhuddin Hassan, TKSU MOA.

MKMF adalah satu inisiatif kerajaan yang bertujuan untuk meningkatkan pembabitan golongan belia di kawasan luar bandar yang terlibat dengan aktiviti ekonomi kerana ianya mampu menjana pendapatan dan ekonomi negara. Terdapat empat komponen utama di bawah MKMF, iaitu:

(i)    Back to the Future in the Kampung: mewujudkan peluang ekonomi berasaskan pertanian bernilai tinggi untuk golongan belia dengan mengekalkan belia sedia ada dan menarik minat belia yang telah berhijrah untuk kembali ke kampung halaman masing- masing

(ii)    Agribusiness Competition: menggalakkan daya kreativiti dan inovasi di kalangan belia terhadap perniagaan berasaskan pertanian di samping melahirkan ikon di kalangan belia dalam bidang pertanian yang boleh dikategorikan sebagai Jutawan Belia serta mewujudkan generasi kedua dalam bidang pertanian/agribisnes

(iii)    1 Kampung 1 Mission: melahirkan pemimpin di kalangan belia dengan menggalakkan pembabitan belia dan JKKK dalam pelaksanaan projek di kampong serta mewujudkan sifat ownership & sense of belonging di kalangan belia terhadap kampung mereka

(iv)    Entertainment and Sports: mewujudkan suasana kampung yang ceria yang mampu menarik minat belia melalui pelaksanaan aktiviti kemasyarakatan, kebudayaan, kekeluargaan, hiburan dan sukan.

   
     
     

 

Kemaskini : 24/04/2018