Home DASAR AGRO MAKANAN NEGARA

DASAR AGRO MAKANAN NEGARA

Dasar Agro Makanan Negara, yang akan dijalankan selama 10 tahun, telah diluluskan oleh Kabinet Malaysia pada 28 September 2011, dan telah menggantikan Dasar Pertanian Negara. Dasar ini diadakan untuk menangani isu bekalan makanan di Malaysia. Dengan dasar ini, ia memberi jaminan bahawa jumlah yang bekalan makanan mencukupi dan juga selamat untuk dimakan di negara kita.

Selaras dengan usaha untuk menjadikan Malaysia sebuah negara berpendapatan tinggi, adalah dijangka bahawa Dasar Agro Makanan Negara akan meningkatkan pendapatan bagi golongan petani serta usahawan tani. Seterusnya, ia akan membolehkan perkembangan sektor pertanian sebagai industri yang mantap dan berdaya tahan.

Dalam Belanjawan 2012 baru-baru ini, YAB Dato’ Sri Mohd Najib Tun Abdul Razak telah membangkitkan isu Dasar Agro Makanan Negara berkenaan dengan subjek kenaikan harga bekalan makanan dan kesejahteraan rakyat Malaysia. Beliau menyatakan bahawa sejumlah RM1.1 bilion telah diperuntukkan bagi sektor pertanian sahaja.

Dengan permulaan yang memberangsangkan kepada Dasar Agro Makanan Negara, adalah diharapkan bahawa masa depan cerah untuk industri asas tani.