Saiz  Kecilkan Teks Teks Asal Besarkan Teks   Dengar Teks:  Select Text First, Then Press This Button   Tukar Latarbelakang Tukar Warna Latarbelakang1 Tukar Warna Latarbelakang2 Tukar Warna Latarbelakang3 Tukar Warna Latarbelakang4
Warna Kontras  Normal Contrast Medium Contrast Dark Contrast Middle Contrast
header
      
 

Dasar Agro Makanan Negara

Dasar Agro Makanan Negara, yang akan dijalankan selama 10 tahun, telah diluluskan oleh Kabinet Malaysia pada 28 September 2011, dan telah menggantikan Dasar Pertanian Negara. Dasar ini diadakan untuk menangani isu bekalan makanan di Malaysia. Dengan dasar ini, ia memberi jaminan bahawa jumlah yang bekalan makanan mencukupi dan juga selamat untuk dimakan di negara kita.

Selaras dengan usaha untuk menjadikan Malaysia sebuah negara berpendapatan tinggi, adalah dijangka bahawa Dasar Agro Makanan Negara akan meningkatkan pendapatan bagi golongan petani serta usahawan tani. Seterusnya, ia akan membolehkan perkembangan sektor pertanian sebagai industri yang mantap dan berdaya tahan.

Dalam Belanjawan 2012 baru-baru ini, YAB Dato' Sri Mohd Najib Tun Abdul Razak telah membangkitkan isu Dasar Agro Makanan Negara berkenaan dengan subjek kenaikan harga bekalan makanan dan kesejahteraan rakyat Malaysia. Beliau menyatakan bahawa sejumlah RM1.1 bilion telah diperuntukkan bagi sektor pertanian sahaja.

Dengan permulaan yang memberangsangkan kepada Dasar Agro Makanan Negara, adalah diharapkan bahawa masa depan cerah untuk industri asas tani.

Untuk maklumat lanjut mengenai Dasar Agro Makanan Negara, sila klik pada pautan berikut:

• Dasar Agro Makanan Perkasa Sektor Pertanian
• 4 Faktor Tangani Cabaran Bekalan Makanan
• Dasar Jaminan Bekalan Makanan

 

Pautan :

  1. Dasar Agro Makanan Perkasa Sektor Pertanian

          http://moa.gov.my/web/guest/agro_makanansektor_pertanian

  1. 4 Faktor Tangani Cabaran Bekalan Makanan

          http://moa.gov.my/web/guest/4cabaran_bekalanmakanan

  1. Dasar Jaminan Bekalan Makanan

          http://moa.gov.my/web/guest/dasar_jaminan_bekalan_makanan