INDUSTRI PADI INDUSTRI PADI

BAHAGIAN PERTANIAN

1. Merancang dan melaksanakan tanaman padi 2 kali setahun secara sistematik dan berterusan.

2. Merancang dan melaksanakan peningkatan hasil dan mutu padi melalui penggunaan teknologi input, dan pengurusan moden.

3. Merangka dan merancang aktiviti pengembangan dan latihan bagi meningkatkan pendapatan dan pengeluaran golongan sasar dalam pengeluaran padi.

4. Merancang dan melaksanakan transformasi dalam industri padi melalui kesesuaian teknologi dalam pengawalan dan pengeluaran padi di kawasan KADA.

5. Mengurus dan menyelaras bekalan input, insentif dan lain-lain program bantuan Kerajaan kepada petani padi.

6. Merancang, mewujud dan melaksanakan pengurusan ladang komersial KADA.

7. Merancang dan melaksanakan pengeluaran benih padi yang bermutu dan mencukupi bagi kawasan KADA.

8. Menyelaras dan memperkemaskan sistem pemasaran pengeluaran padi KADA.