LATARBELAKANG
- Keluasan kawasan KADA keseluruhannya ialah 82,900 ha. Seluas 64,555 ha adalah kawasan pertanian yang mana 37,670 ha merupakan tanah padi dan selebihnya terdiri daripada dusun campuran,kebun getah, rizab taliair dan lain-lain.
- Pengeluaran bahan makanan asas (padi, sayur-sayuran, buah-buahan, ternakan dan ternakair) merupakan sasaran utama KADA bagi mempelbagaikan sumber pendapatan kepada golongan petani yang berada dalam kawasan pengendaliannya.
- Hasil semakan tahun 2002 terdapat sejumlah 1,487 ha kawasan tanah padi yang tinggi dimana hanya tanaman padi sekali setahun sesuai ditanam dan kawasan ini berpotensi dibangunkan dengan pengeluaran pelbagai hasil pertanian.
- Sepanjang 150 km daripada keseluruhan 625 km taliair KADA telah dikenalpasti berpotensi dijadikan kawasan ternakan ikan air tawar dalam sangkar.
- Terdapat 13 buah Pertubuhan Peladang Kawasan dalam KADA yang menyediakan kemudahan bekalan input, perkhidmatan pemasaran dan lain-lain kepada keseluruhan penduduk dalam kawasan pengendaliannya.
OBJEKTIF
- Meningkatkan pengeluaran makanan asas melalui penggunaan tanah yang optima dan menebusguna tanah yang bermasalah.
- Mewujudkan usahawan usahawan yang mengamalkan teknologi baru dan mampu menguruskan pengeluaran pertanian secara komersial.
- Menambahkan sumber nilai tambah bagi industri hiliran.
OUTPUT DAN FAEDAH YANG DIJANGKA DARIPADA PROJEK
- Adalah dijangkakan penngeluaran ikan airtawar akan bertambah dari 500 mtan kepada 1,500 mtan bernilai RM7.5 juta pada akhir RMKe 9 , manakala pengeluaran sayur sayuran pada akhir tahun 2010 akan mencapai 40,670 mtan bernilai RM32.5 juta.
- Pengeluaran hasil dari ternakan dan tanaman buah buahan serta herba adalah untuk menyokong industri asas hiliran yang dapat menyelamat secara langsung BOT pada akhir tahun 2010.
- Pada keseluruhannya lebih 30 % penduduk kawasan KADA yang akan dapat menerima faedah dari projek secara langsung.
JUSTIFIKASI PROJEK
- Perlaksanaan projek ini akan dapat menebusguna tanah yang tidak produktif dan seterusnya memberi pulangan kepada petani dan Negara.
- Meningkatkan pengeluaran bahan makanan tempatan dengan hasrat untuk mengurangkan jumlah pengimportan bahan makanan daripada Luar Negara.
- Mewujudkan peluang pekerjaan kepada petani dan penduduk setempat.