JADUAL PENANAMAN PADI
Penanaman padi di KADA adalah berdasarkan dua musim iaitu :
Luar Musim (Musim I) adalah diantara Mac - Julai. Bekalan air utama adalah daripada pengepangan dari sungai dan ancaman utama adalah kemarau. Pencapaian penanaman adalah 85%.
Musim Utama (Musim II) adalah diantara Ogos - Februari.Bekalan air utama adalah daripada hujan dan ancaman utama adalah banjir. Pencapaian penanaman adalah 70%.
Jadual Bekalan Air Bagi Tanaman Padi Musim I/2012 Rancangan Pengairan Kemubu |
AKTIVITI | TARIKH |
Mula Bekalan Air | 15.04.2012 |
Tamat Bekalan Air | 18.08.2012 |
Jadual Bekalan Air Bagi Tanaman Padi Musim I/2012 Rancangan Pengairan Lemal |
AKTIVITI | TARIKH |
Mula Bekalan Air | 01.05.2012 |
Tamat Bekalan Air | 04.09.2012 |
Jadual Bekalan Air Bagi Tanaman Padi Musim I/2012 Rancangan Pengairan Pasir Mas |
AKTIVITI | TARIKH |
Mula Bekalan Air | 01.05.2012 |
Tamat Bekalan Air | 04.09.2012 |
Informasi:
Buat kawalan pelepasan air ke bendang mengikut keperluan.
Buat Persediaan tanah dengan rapi bagi menggalakkan pertumbuhan benih padi
dan mengurangkan pertumbuhan rumpai.
Guna benih yang disahkan dan berkualiti (MR219/MR220/MR232).
Kawal rumpai, perosak dan penyakit mengikut masa dan kategori racun.
Membaja pada masa yang tepat (15 HLT, 35 HLT, 55 HLT dan 75 HLT).
Amalkan sistem giliran varieti padi (maksimum setiap 2 musim).
Keringkan air 21 hari sebelum menuai dan tuai bila 85 % padi masak.
Hubungi Pegawai KADA di kawasan anda untuk maklumat lanjut.
"PATUHILAH JADUAL TANAMAN PADI DEMI KEBAIKAN BERSAMA"