KADA BALOH NEGARA KADA BALOH NEGARA

KADA BALOH NEGARA     KADA BALOH NEGARA

Dilancarkan Pada 21hb. Ogos 2006. Di ladang Merdeka Jelor, Pasir Puteh, Kelantan.

Konsep KADA Baloh Negara diilhamkan oleh YBhg. Tan Sri Datuk Seri Panglima Annuar Haji Musa, Pengerusi KADA dengan merujuk " BALOH " adalah sebuah " RUMAH KECIL " tempat simpanan hasil pertanian sebagai sumber bekalan makanan bagi satu-satu keluarga. Justeru, pengenalan konsep KADA Baloh Negara yang merupakan agenda besar KADA dalam RMK ke 9 adalah bermatlamat untuk menjadikan KADA sebagai pusat pengeluaran makanan Negara yang selaras dengan perancangan kerajaan untuk mewujudkan TERMINAL MAKANAN NEGARA di Kelantan.

MATLAMAT

  Meningkatkan pengeluaran padi, sayur-sayuran, buah-buahan, ternakan, ternak air dan produk  industri asas tani.
  Meningkatkan pendapatan petani, penternak dan usahawan tani dalam kawasan KADA.


TERAS PELAKSANAAN

  KUANTITI : Meningkatkan kualiti pengeluaran dengan meningkatkan keluasan kawasan bertanam dan kadar pengeluaran.
  KUALITI : Meningkatkan kualiti produk ke tahap piawaian global.
  VARIETI (Kepelbagaian) : Mempelbagaikan produk nilai tambah.
  PARTISIPITASI (Penyertaan) : Melibatkan penyertaan seberapa ramai petani, penternak dan usahawan lain.
  TEKNOLOGI : Menumpukan kepada penggunaan teknologi di peringkat pengurusan dan pengeluaran.


 KADA BALOH NEGARA

Pages: 1  2  3  4