KERATAN AKHBAR KERATAN AKHBAR

«Kembali

76 PETANI KERUGIAN RM300,000

KOTA BHARU: SABTU, 17 DISEMBER 2016

Oleh Nor Amalina Alias 
bhkb@bh.com.my


Seramai 76 petani di bawah Lembaga Kemajuan Pertanian Kemubu (KADA) mengalami kerugian RM300,000 apabila tanaman padi seluas 65.8 hektar yang diusahakan mereka musnah ketika banjir baru-baru ini. 

Pengurus Besar KADA, Tn. Hj. Mohd Ridzuan Ismail, kemusnahan itu membabitkan beberapa daerah iaitu Bachok, Pasir Mas dan Tumpat. Katanya, tanaman padi yang musnah itu adalah tanaman musim 1/2016 yang kini di peringkat padi masak dan menunggu masa untuk dituai.  "Kita mendapati, petani yang mengalami kerugian ini disebabkan mereka menanam padi tidak mengikut jadual ditetapkan. Kalau mengikut jadual KADA, kita mula menuai hasil padi bermula Ogos sehingga Oktober bagi mengelak musim tengkujuh. "Namun, petani berkenaan menanam lewat menyebabkan musim menuai mereka tiba pada waktu tengkujuh sekali gus gagal untuk menyelamatkan tanaman berkenaan.

"Kawasan tanaman yang terbabit juga ditanam petani secara individu dan tidak membabitkan projek berkumpulan iaitu di Kampung Keting, Cherang Hangus dan Chap bagi Daerah Bachok. Manakala di Pasir Mas adalah di bendang Gelang Mas, Kolam dan Tok Depoh selain bendang Ana di daerah Tumpat," katanya. 

Mohd Ridzuan berkata, setakat ini laporan sudah dihantar ke Kementerian Pertanian dan Industri Asas Tani (MOA).   "Kita akan menunggu keputusan sama ada pampasan diberi kepada petani atau tidak namun kita harap petani akan mengikut jadual diberikan bagi mengelakkan kerugian," katanya.


Selanjutnya di : http://www.bharian.com.my/node/224759?m=1