Home LOGO KADA

LOGO KADA

Penerangan Logo Lembaga Kemajuan Pertanian Kemubu

KADA Sebuah Agensi Pembangunan Pertanian Negeri Kelantan yang distrukturkan di bawah Kementerian Pertanian Dan Industri Asas Tani Malaysia.

Ia berperanan untuk mengurus tadbir dan memajukan kawasan jelapang padi kedua terbesar negara berdasarkan kepada fakta tersebut.

LOGO

KETERANGAN

Simbolik 3 biji padi telah dipilih untuk menggambarkan imej KADA dengan 3 buah rumah pam yang menjadi sumber bekalan air untuk kesempurnaan tanaman padi.

KADA memberikan imej yang stabil, gagah dan matang. Ia dilembutkan dengan typology skrip 'KEMUBU AGRICULTURAL DEVELOPMENT AUTHORITHY' dan Lembaga Kemajuan Pertanian Kemubu yang melambangkan sikap mesra petani dan rakyat dalam melaksanakan tugasnya.

Adalah sebuah agensi pembangunan pertanian dengan melambangkan padi sebagai 'CORE BUSINESS' KADA.

Objek daun bercabang daripada konsonen A merupakan inspirasi untuk mencapai kecemerlangan berlandaskan kepada teknologi.

Kegigihan dan kesungguhan KADA untuk berkhidmat. Warna keemasan menggambarkan padi yang sudah masak dan melambangkan sesuatu yang amat bernilai dalam kehidupan manusia.

Kemaskini : 20/01/2020