PENGERUSI PENGERUSI

 

INTIPATI AMANAT TAHUN BARU

YB DATO' SRI AHMAD SHABERY CHEEK

MENTERI PERTANIAN DAN INDUSTRI ASAS TANI

11 Januari 2016, 10 pagi, Dewan Serbaguna MOA.

 

Selamat Tahun Baru 2016…

 

Awal tahun ini mungkin tidak sesibuk awal tahun lalu, namun 2016 dijangka tahun yang lebih mencabar.

 

Bajet kita (MOA) berkurangan 13 peratus daripada RM6.06 bilion pada 2015 kepada RM5.3 bilion pada tahun 2016. Mungkin akan diubahsuai lagi jika keadaan ekonomi dunia terus tidak menentu. Sesebuah negara memerlukan kepelbagaian sumber pendapatan untuk lebih kental berhadapan naik-turun ekonomi dunia.

 

Sektor AGROMAKANAN berpotensi menyumbang kepada kepelbagaian sumber pendapatan negara jika ianya diurus dengan betul.

 

MOA perlu bantu pengusaha industri untuk meningkatkan pengeluaran dan kecekapan bukan hanya pengeluaran tetapi MOA juga perlu bantu tingkatkan keseluruhan tahap daya saing mereka diperingkat antarabangsa.

 

Gunakan "Bargaining power" yang mana setiap produk yang kita import perlu membuka pintu eksport untuk kita dan pasaran sedia ada juga perlu diperkukuhkan dan tembusi pasaran baru. Peningkatan import juga perlu dikawal dan pertumbuhan sektor agromakanan perlu dipacu oleh eksport.

 

Untuk memahami keperluan serta membantu pengusaha dan industri, kita sendiri perlu ada pemikiran usahawan.

 

Antara peluang untuk MOA terus menyinar pada 2016 ialah MAHA, TPPA, FAO, Mekanisme baru Subsidi beras, SSHP dan Pemutuan Sebenar.

 

Cerminan kejayaan MOA 2016 yang mencabar ini adalah sekiranya kita dilihat kurang bergantung kepada dana kerajaan dan mampu menggunakan dana yang ada untuk menjana lebih banyak dana.

 

"KEDAULATAN MAKANAN NEGARA adalah asas KEKUATAN NEGARA"