MINI ESTET PADI
Mini Estet Padi merupakan pengurusan ladang yang berkesan dalam meningkatkan hasil padi dan perhubungan sosial dikalangan petani dan pegawai- pegawai melalui jawatankuasa yang ditubuhkan dan sistem kredit daripada Pertubuhan Peladang Kawasan masing-masing. Pengurusanladang dikendalikan oleh petani sendiri dibawah penyeliaan dan khidmat nasihat pegawai-pegawai KADA.
Objektif
Bagi menyusunatur sistem penanaman padi diperingkat bendang dikalangan petani-petani persendirian supaya tersusun, terancang dan cekap.
Meningkatkan kadar hasil/ha – pelaksanaan amalan pertanian baik secara terancang
Mempercekapkan kaedah pemasaran hasil
Jaminan bantuan modal – PPK
Prestasi MEP Bagi Musim utama 2007/08 Dan Luar Musim 2008
| MUSIM | BIL.PPK | BIL.MEP | BIL. PESERTA | LUAS (ha) | PURATA HASIL(tan/ha) |
Musim 2/2007 | 13 | 104 | 2457 | 6322 | 3.40 |
Musim 1/2008 | 13 | 105 | 2478 | 6598 | 4.13 |