PENGURUSAN PENGERUSI PENGURUSAN PENGERUSI

Pengenalan kepada MyAgrosis

MyAgrosis atau Kelab Usahawan Graduan Pertanian, telah dilancarkan pada hari Sabtu, 17 Disember 2011 oleh Perdana Menteri Malaysia Datuk Seri Najib Tun Razak. Ketika melancarkan kelab tersebut, Perdana Menteri telah menyatakan bahawa MyAgrosis akan membawa institusi tinggi kepada teras pengeluaran makanan negara serta membantu negara menangani kekurangan import makanan.

“Buat masa ini kita mengeksport sejumlah RM18bil barangan makanan setahun manakala import kita berjumlah RM30bil. Kita berdepan dengan kekurangan yang begitu ketara. Maka, MyAgrosis akan membantu kita memperbaiki keadaan dengan pendekatan yang baru,” Datuk Seri Najib berucap ketika melancarkan kelab tersebut dan mengisytiharkan pembukaan Perhimpunan Usahawan Pemuda dan Graduan di Universiti Teknologi Mara (UiTM) Merbok.

Dengan kos sara hidup yang tinggi disebabkan oleh kos makanan dalam negara ini, penduduk dibebani dengan kenaikan harga barangan keperluan yang berterusan di masa hadapan. Walau bagaimanapun, dengan peningkatan pengeluaran makanan melalui usaha MyAgrosis, masalah ini mungkin akan menyenangkan ramai rakyat Malaysia dalam kehidupan harian mereka. MyAgrosis juga menerima peruntukan sejumlah RM30 juta bagi membantu dalam kemajuan programnya.

Selain itu,Datuk Seri Najib telah menyatakan bahawa beliau telah menggesa kerjasama daripada Kementerian Pertanian dan Industri Asas Tani melalui agensinya : FAMA, Agrobank dan TEKUN bagi membantu dalam pengeluaran makanan. Oleh itu, RM10 juta daripada sejumlah RM30 juta akan disalurkan kepada Agrobank bagi menawarkan skim pinjaman bebas penjamin kepada ahli-ahli MyAgrosis dengan jumlah maksimum sebanyak RM30,000 bagi menyertai perniagaan pertanian.

Baki jumlah tersebut akan diperuntukkan kepada Tekun Nasional dan Kementerian Pertanian dan Industri Asas Tani, dengan peruntukan sebanyak RM10juta setiap sebuah agensi. Tekun akan menawarkan dana kepada peserta-peserta MyAgrosis manakala pihak kementerian akan menawarkan kemudahan untuk program-program MyAgrosis seperti hidroponik dan sistem bekalan air.

Peruntukan baru untuk Agrobank ini menjumlahkan dana bank untuk program tersebut kepada RM20juta. Menurut Datuk Seri Najib peruntukan dana tersebut menandakan sokongan kerajaan sepenuhnya terhadap MyAgrosis. Dengan sokongan daripada agensi-agensi kerajaan. Adalah diharapkan bahawa kelab ini akan memberikan platform kepada graduan agar bersifat lebih dinamik dalam mengenal pasti cara-cara untuk mempertingkatkan pertumbuhan ekonomi negara.

Untuk maklumat lanjut mengenai topik ini, sila rujuk kepada akhbar Utusan.