Home PENGENALAN KISAH KEJAYAAN

PENGENALAN KISAH KEJAYAAN

Kisah kejayaan merupakan pengkisahan terhadap individu dan kejayaan yang diperolehi hasil daripada pelaksanaan terhadap aktiviti-aktiviti khususnya aktiviti pertanian yang dijalankan di kawasan kendalian Lembaga Kemajuan Pertanian Kemubu (KADA). Kebanyakan aktivit-aktiviti yang dilaksanakan oleh individu tersebut adalah berasaskan kepada bidang pertanian “Agro Base” yang merangkumi bidang ternakan, ternak air, tanaman padi, industri asas tani dan juga sayur-sayuran. Kesemua individu yang berjaya dalam bidang masing-masing ini mendapat bimbingan dan bantuan daripada pihak KADA, samaada dari segi khidmat nasihat dan juga bantuan dalam bentuk kewangan terutama bagi mengembangkan perniagaan mereka.

Boleh dikatakan keseluruhan individu yang berjaya ini memulakan aktiviti masing-masing dengan kapasiti dan keupayaan modal yang agak kecil dan terhad pada peringkat awal, namun disebabkan oleh ketabahan dan ketekunan serta usaha dan minat yang berterusan, maka aktiviti yang diusahakan dapat dikembangkan dengan pantas dan berupaya menjana hasil dan pendapatan yang lumayan.

Walau bagaimanapun KADA melalui petugas di kawasan telah berusaha dengan lebih giat untuk menambahkan lagi bilangan usahawan dan petani-petani yang berjaya dalam bidang pertanian selaras dengan slogan dan dasar kerajaan memperkenalkan PERTANIAN ADALAH PERNIAGAAN





Kemaskini : 29/01/2020