Tanaman padi adalah komoditi utama dalam kawasan KADA. Di akhir RMK 9, KADA mensasarkan pengeluaran padi akan ditingkatkan kepada 383,070 tan dengan kadar pengeluaran 6.5 tan/hektar bagi mencapai tahap sara diri Negara sebanyak 90%. Bagi mencapai sasaran tersebut, strategi berikut dirangka :
1. Meningkatkan pengeluaran menerusi konsep :
Ladang merdeka iaitu perladangan padi secara komersial di bawah pengurusan berpusat berteraskan teknologi moden.
Mini Estet Padi atau Perladangan Kelompok, iaitu pemuafakatan petani mengusahakan sawah secara bersepadu di bawah bimbingan PPK KADA.
Projek 10 tan, iaitu bimbingan etensif kepada sekumpulan petani bagi mencapai pengeluaran 10 tan/hektar untuk dicontohi oleh petani lain.
2. Meningkatkan produktiviti dan mengurangkan kos pengeluaran menerusi :
Mempermodenkan sistem pengairan, rumah pam dan lain-lain kemudahan asas bagi meningkatkan kecekapan dan keberkesanan bekalan air.
Penekanan kepada penggunaan teknologi moden dan amalan pertanian baik.
Pengurusan perosak dan penyakit tanaman secara bersepadu dan berkesan.
Meningkatkan pengetahuan dan kecekapan pengurusan dikalangan petani menerusi kegiatan pengembangan yang agresif dan berkesan.
Memperkemaskan urusan bekalan input, skim kredit dan pengurusan pemasaran.
Bekerjasama dengan pelbagai agensi/jabatan kerajaan, institusi pengajian tinggi dan lain-lain badan bagi mendapat khidmat kepakaran.