Pilih Saiz Tulisan:    Pilih Warna Tulisan:    Dengar Teks:   Tukar Latarbelakang Tukar Warna Latarbelakang Tukar Warna Latarbelakang Tukar Warna Latarbelakang Tukar Warna Latarbelakang
      
 

 

Tan Sri Datuk Seri Panglima Annuar Hj Musa
 

PERUTUSAN TAN SRI PENGERUSI KADA

Assalamualaikum w.b.r.t.h. dan Salam Sejahtera

Kita baru sahaja melangkah ke tahun 2012 setelah tahun 2011 baru sahaja meninggalkan kita.  Sebelum berbicara lebih lanjut, eloklah kita bermahasabah diri bagi menilai sejauh mana pencapaian kita agar ianya menjadi inspirasi dan panduan bagaimana kita boleh meningkatkan pencapaian kita pada masa akan datang.

Dalam menggarap kejayaan yang lebih cemerlang, ada baiknya kita menyelami budaya bangsa-bangsa yang berjaya khususnya bangsa Jepun untuk kita menjadikannya sebagai contoh dan panduan bagi kita melakar kejayaan lebih cemerlang.

Pada pengamatan saya, bangsa Jepun mengamalkan prinsip 3 M dalam dalam mengukir kejayaan dalam sesuatu bidang; iaitu :

M yang pertama     :    Menganalisa
                            :    Mengkaji secara terperinci situasi semasa terutamanya maklumat-maklumat  
                                 berkaitan bagi mengenalpasti  apa-apa kelemahan dan kekuatan yang ada

M yang ke dua      :    Merancang
                           :    Membuat perancangan paling rapi  dan merangka strategi paling berkesan
                                berpandukan apa yang diperolehi daripada penganalisaan dan pengkajian yang
                                telah dibuat sebelum ini.

M yang ke tiga      :    Melaksana
                           :    Melaksanakan sesuatu program dengan penuh ketekunan dan kesungguhan
                                berdasarkan perancangan program yang dibuat.

Saya penuh yakin, jika kita menghayati dan mengamalkan budaya yang dinyatakan diatas, kita juga mampu mencapai kejayaan yang cemerlang. 

Sebagai agensi pembangunan kerajaan persekutuan, KADA harus menjunjung dan berusaha keras bagi menjayakan dasar dan program yang ditetapkan oleh kerajaan persekutuan.  Kita harus lebih berinovasi dan lebih kreatif dalam menghasilkan idea-idea baru serta berupaya berfikiran di luar kebiasaan bagi menghasilkan pencapaian yang luar biasa.

Sebagai salah seorang anggota penjawat KADA, kita harus memantapkan lagi semangat kerja berpasukan di bawah kepimpinan yang berwibawa.  Walaupun kita dibezakan dengan tugas dan peranan masing-masing tetapi kita mempunyai matlamat yang sama setiap orang harus lengkap melengkapi antara satu sama lain.

Marilah kita sama-sama berpadu tenaga, berusaha dengan lebih gigih agar kita dapat mengecapi kejayaan yang lebih besar pada masa akan datang.
Mudah-mudahan apa yang kita lakukan ini akan mendatangkan impak yang terbaik dan mendapat keberkatan daripada Allah swt.Terima kasih.

Tan Sri Datuk Seri Panglima Annuar Hj Musa,
Pengerusi KADA.