PENGUMUMAN PENGUMUMAN

«Kembali

Pertandingan Mencipta Slogan/Tag-line KADA

SYARAT-SYARAT PENYERTAAN

  1. Penyertaan adalah terbuka kepada semua orang awam dan penjawat KADA.


  2. Peserta dikehendaki mencipta slogan/tag-line yang selari dengan objektif KADA.


  3. Peserta dibenarkan menghantar lebih dari satu penyertaan. Setiap penyertaan mestilah menggunakan Borang Baru yang lengkap diisi dan ditulis dalam Bahasa Melayu.


  4. Ciptaan slogan/tag-line mestilah karya asli peserta, tidak menyentuh elemen sensitif atau menggunakan perkataan tidak sopan. Penyertaan yang didapati tidak asli atau diciplak akan ditolak.


  5. Panjang slogan/tag-line hendaklah tidak melebihi 3 patah perkataan. Setiap perkataan hendaklah diberi keterangan dengan jelas berkaitan dengan kerja dan peranan KADA.


  6. Semua slogan/tag-line yang diterima akan menjadi hak milik KADA dan tidak akan dikembalikan.


  7. Tarikh tutup penghantaran borang penyertaan adalah sebelum atau pada 10 Jun 2019 (Isnin) jam 5.00 petang.


  8. Pemenang akan dihubungi oleh Urusetia Pertandingan. Keputusan pertandingan adalah MUKTAMAD.


  9. Klik disini untuk muat turun borang penyertaan. Borang yang lengkap diisi hendaklah dihantar kepada Urusetia Pertandingan melalui emel pertandingan@kada.gov.my


  10. Hadiah pemenang :
  • Wang tunai RM1,000.00.
  • Sijil penghargaan.