* Permohonan hendaklah dibuat melalui/dan oleh Ketua Jabatan ke Institut Tadbiran Awam Negara (INTAN) yang berhampiran dan tidak perlu mengisi borang permohonan. ** Permohonan hendaklah dibuat melalui/dan oleh Ketua Jabatan ke Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA) seperti alamat yang tertera di bawah dan tidak perlu mengisi borang permohonan. *** Peperiksaan Bahasa Malaysia/Bahasa Melayu Khas hanyalah bagi pegawai Kumpulan Pengurusan & Profesional yang syarat lantikannya lulus Bahasa Malaysia di peringkat SPM sahaja.
Permohonan dibuat dengan mengisi borang permohonan dan di hantar ke Cawangan Pengurusan Kompetensi.
Calon – calon hendaklah MENGISIKAN NAMA DAN ALAMAT PEJABAT DENGAN LENGKAP semasa mengisi borang permohonan secara online.
Calon – calon digalakkan memohon seawal yang mungkin sebelum tarikh tutup permohonan. Permohonan yang diterima selepas tarikh tutup akan ditolak.
Borang Permohonan Peperiksaan, Jadual Peperiksaan, Semakan Status Permohonan dan Semakan Keputusan Peperiksan boleh/hendaklah dibuat secara online melalui laman web Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA) http://www.kompetensi.jpa.gov.my/peperiksaan/
Slip Akuan Terimaan permohonan hendaklah dicetak sebagai bukti permohonan telah dibuat. Calon – calon yang tidak mendaftar tidak dibenarkan menduduki peperiksaan.
Calon – calon hendaklah / boleh menyemak angka giliran dan pusat peperiksaan melalui laman web JPA, DUA (2) MINGGU sebelum peperiksaan serta MENCETAK DAN MEMBAWA SLIP ARAHAN CALON tersebut bersama – sama dengan KAD PENGENALAN serta ALATULIS ketika menghadiri peperiksaan.
Calon – calon TIDAK DIBENARKAN MENUKAR PUSAT PEPERIKSAAN kecuali mendapat kebenaran secara bertulis daripada urus setia peperiksaan Cawangan Pengurusan Kompetensi, JPA.
Calon – calon DIWAJIBKAN BERPAKAIAN PEJABAT SEMASA MENGHADIRI PEPERIKSAAN. Jika tidak mengikut peraturan Ketua Pengawas boleh menghalang calon – calon daripada menduduki peperiksaan.
Klik di sini untuk keterangan lanjut berkenaan Jadual Peperiksaan Perkhidmatan Awam 2011