KEJURUTERAAN AWAM KEJURUTERAAN AWAM

CAWANGAN PENGAIRAN DAN SALIRAN

1. Meyediakan rancangan jangka panjang program pembangunan prasarana dan kemudahan asas bagi meningkatkan keupayaan sistem pengairan dan saliran dalam kawasan KADA.

2. Merancang dan menyusun operasi pembekalan air ke sawah.

3. Mengkaji,merancang dan menyelaras kerja penyenggaraan,menaiktaraf dan baikpulih sistem pengairan dan saliran kepunyaan KADA.

4. Memantau dan menyelaras aktiviti operasi dan penyenggaraan pam-pam booster,logi,kenderaan dan jentera peralatan.

5. Memantau keberkesanan khidmat pengairan,mengenalpasti kelemahan dan mengatur langkah-langkah untuk meningkatkan pengurusan air yang berkesan.

CAWANGAN TEKNIKAL

1. Merancang,merekabentuk dan menyedia spesifikasi ke atas projek-projek baru yang dicadangkan oleh Lembaga.

2. Merancang, mengurus dan mengemaskini serta mendokumentasikan maklumat-maklumat kegunaan tanah (Land-use date) seluruh kawasan KADA.

3. Merancang,merekabentuk dan menyediakan spesifikasi,anggaran kos,dokumen tender,penilaian tawaran tender dan seterusnya menguruskan pelaksanaan projek mengikut keputusan Lembaga Jawatankuasa Tender.

4. Mengesan dan menilai kemajuan projek-projek yang sedang dilaksanakan.

CAWANGAN UTILITI

1. Merancang dan melaksana program pembinaan bangunan kemudahan asas.

2. Merancang, mengurus dan menyelenggara serta menaik taraf bangunan Ibu Pejabat dan premis-premis mililk KADA.

3. Merancang dan mengurus keperluan jalan ladang seluruh kawasan KADA.

4. Merancang dan mengurus kerja-kerja penyelenggaraan jalan ladang.

5. Mengurus persiapan bagi Majlis-majlis keceriaan peladang anjuran Lembaga.

6. Merancang serta melaksana siasatan ke atas permohonan perubahan syarat dan kegunaan tanah.