Home PIAGAM PELANGGAN

PIAGAM PELANGGAN

1. Menyediakan bekalan air yang mencukupi mengikut jadual.

  • Memastikan bekalan air ke sawah padi dapat diterima oleh petani dalam tempoh 30 hari selepas tarikh mula bekalan.
  • Mengedarkan secara meluas jadual bekalan air dan tanaman padi yang lengkap dalam tempoh 15 hari sebelum tarikh mula bekalan     air.

 

2. Memberikan khidmat sokongan yang berkualiti, cekap dan efisyen.

  • Mengedarkan baja subsidi dan racun kepada petani yang layak dalam tempoh 7 hari selepas tarikh penyerahan kupon SBPKP.
  • Mengambil tindakan kawalan ke atas sesuatu wabak penyakit dan makhluk perosak tanaman padi dalam tempoh 24 jam selepas       wabak dikesan.
  • Memberikan perkhidmatan kejenteraan ladang dalam tempoh 3 hari daripada tarikh perkhidmatan dikehendaki.
  • Menjelaskan bayaran bil dan invois dalam tempoh 14 hari daripada tarikh tuntutan diterima.
  • Memberikan maklumbalas setiap aduan awam dalam tempoh 14 hari dari tarikh aduan diterima.
  • Mengagihkan bantuan kepada usahawan tani sektor industri bukan padi dalam tempoh 45 hari selepas permohonan diluluskan.