PENGAIRAN & SALIRAN
Kawasan KADA meliputi sebahagian besar dataran Kelantan Utara yang padat dengan penduduk. Ianya meliputi 5 rancangan pengairan yang melibatkan 5 jajahan iaitu Kota Bharu, Bachok, Pasir Puteh, Pasir Mas dan Tumpat. Jumlah kawasan yang dilengkapi dengan infrastruktur pengairan yang menyokong penanaman padi 2 kali setahun ialah 31,464 hektar.

RANCANGAN PENGAIRAN | LUAS |
Rancangan Pengairan Kemubu | 20,148 ha |
Rancangan Pengairan Lemal | 8,708 ha |
Rancangan Pengairan Pasir Mas | 2,608 ha |
LUAS | 31,464 ha |