SOALAN LAZIM SOALAN LAZIM

Soalan 1
Apakah tugas dan fungsi KADA di dalam memajukan sektor pertanian Negara?
Mengikut seksyen 4(1),Akta 69, Lembaga Kemajuan Pertanian Kemubu 1972, tugas utama KADA adalah:
1. Memajukan,menggalak,membantu dan mengusahakan pembangunan ekonomi dan sosial dalam kawasan kemubu.
2. Merancang dan mengusahakan dalam kawasan kemubu apa-apa kemajuan pertanian mengikut sebagaimana yang diperuntukkan oleh negeri.

Manakala fungsi utama KADA adalah:

1. Mengeluarkan padi dan beras untuk menampung keperluan beras Negara
2. Mengeluarkan bahan-bahan makanan lain untuk memenuhi permintaan tempatan dan menampung keperluan makanan Negara.
3. Meningkatkan pendapatan per kapita keluargatani selaras dengan pendapatan per kapita Negara
4. Menggalakkan dan memajukan industri hiliran berasakan pertanian
5. Membangun dan memperteguhkan institusi peladang untuk menaungi keluarga tani

Soalan 2
Apakah aktiviti utama KADA?
Aktiviti utama KADA yang utama adalah memfokuskan kepada tanaman padi.

Soalan 3
Apa itu ladang merdeka?
Ladang merdeka adalah satu konsep pengurusan ladang secara komersil dan berskala besar yang mana berkepentingan dalam memerdekakan kumpulan sasar, merekabentuk ladang dengan saiz yang sesuai,berdaya maju dan membantu meningkatkan pendapatan peserta.Konsep ini telah dilaksanakan pada 1991 dengan pengurusan awal 5 buah ladang seluas 211.78 hektar. Sehingga kini sebanyak 16 buah ladang telah ditubuhkan dengan keluasan 747.11 hektar melibatkan 2,988 peserta.

Soalan 4
Berapakah bilangan Pertubuhan Peladang Kawasan (PPK) dibawah kendalian KADA
dan jumlah keahlian terkini?

Bilangan PPK di bawah kendalian KADA adalah sebanyak 13 buah yang mana terletak di lima jajahan yang berbeza. Bilangan keahlian terkini PPK ( berakhir pada 31 Ogos 2011) adalah seramai 39,091 yang mana 27,483 orang adalah ahli lelaki dan 11,608 orang adalah ahli wanita.

 

Pages: 1  2