Pilih Saiz Tulisan:    Pilih Warna Tulisan:   Text To Speech:
    |    Daftar
Kandungan Jurnal

 Perutusan Pengurus Besar

Selamat  Datang Ke Laman Web Lembaga Kemajuan Pertanian Kemubu

Dalam tempoh 36 tahun, semenjak daripada detik kelahiran KADA pada tahun 1972 hingga ke saat ini, KADA terus mengorak langkah untuk melaksanakan tanggungjawabnya bagi mengurus tadbir dan memajukan kawasan jelapang padi kedua terbesar negara terletak di bahagian utara negeri Kelantan meliputi kawasan sawah seluas 31,440 hektar. Visi kami adalah untuk menjadi agensi yang unggul dalam peningkatan taraf sosio-ekonomi rakyat khususnya golongan petani di samping berusaha untuk meningkatkanpengeluaran makanan negara.

KADA turut mengambil manafaat daripada kemajuan teknologi maklumat dan ICT dengan mewujudkan laman web sebagai salah satu saluran komunikasi dua hala dengan golongan sasar bagi penyampaian maklumat dan menerima respon yang pantas. Ianya memainkan peranan penting dalam mempertingkatkan lagi keberkesanan sistem penyampaian perkhidmatan atau delivery system kepada rakyat khususnya mereka-mereka yang terlibat dalam sektor pertanian.

Oleh itu, para pengunjung laman web KADA diharap dapat menggunakan teknologi ICT secara aktif dengan melayari maklumat yang diperlukan dan ia akan sentiasa dikemaskini demi kepentingan semua. Saya berharap melalui penggunaan laman web ini akan menjurus kepada usaha untuk mentransformasikan pertanian dan memberikan perkhidmatan terbaik kepada golongan sasar.
Sekian, terima kasih.



(IBRAHIM BIN MAT)
Pengurus Besar,

Lembaga Kemajuan Pertanian Kemubu
Kelantan