TUGAS, FUNGSI & OBJEKTIF TUGAS, FUNGSI & OBJEKTIF

Tugas

Mengikut Seksyen 4 (1), Akta 69, Lembaga Kemajuan Pertanian Kemubu 1972,

Memaju, menggalak, membantu dan mengusahakan pembangunan ekonomi dan sosial dalam kawasan kemubu.
Merancang dan mengusahakan dalam kawasan kemubu apa-apa kemajuan pertanian mengikut sebagaimana yang diperuntukkan oleh negeri.


Fungsi

Untuk mencapai objektif-objektif yang digariskan KADA melaksanakan fungsi berikut berdasarkan wawasan pertanian YAB Perdana Menteri dan Dasar Pertanian Negara Ketiga :

Mengeluarkan padi untuk menampung keperluan Negara
Mengeluarkan bahan-bahan makanan lain untuk memenuhi permintaan tempatan dan menampung keperluan makanan Negara.
Meningkatkan pendapatan per kapita keluarga tani selaras dengan pendapatan per kapita Negara
Menggalak dan memajukan industri hiliran asas tani
Membangun dan memperteguhkan institusi peladang untuk menaungi keluarga tani.


Objektif

Untuk menjadi satu agensi yang unggul dalam peningkatan taraf sosio-ekonomi petani serta peningkatan pengeluaran makanan Negara.
Mengeluarkan padi dan beras untuk menampung keperluan beras Negara.
Mengeluarkan bahan-bahan makanan lain untuk memenuhi permintaan tempatan dan menampung keperluan makanan Negara.
Membangunkan industri hiliran berasaskan bahan-bahan tempatan
Membangunkan dan memperteguhkan institusi peladang untuk menaungi keluarga tani.
Meningkatkan pendapatan per kapita keluarga tani selaras dengan pendapatan per kapita Negara.