Agropreneur Muda Timun Baby | Dari RM20K ke RM40K Setahun
Berbekalkan tekad & semangat tinggi, Muhammad Alif Syazwan dari Kampung Pak Badol berjaya meningkatkan pendapatannya daripada RM20,000 ke RM40,000 setahun melalui projek timun baby.
Dengan bantuan RM30,000 daripada KADA termasuk enjin air, sabut, besi & polybag hasil ladang meningkat dan pengurusan jadi lebih cekap. Pemasaran kini bukan sahaja ke RTC Tunjong, malah semakin berkembang ke kawasan sekitar. Sasaran seterusnya? Pasar Raya.
Agropreneur Muda Kelantan | Dari Tanaman Biasa ke Fertigasi Moden
Daripada tanah kampung di Melor Lama, Mohd Azhan membuktikan bahawa perubahan bermula dengan keberanian mencuba.
- Dengan sokongan RM15,000 daripada KADA melalui program Agropreneur Muda, ladang kecil beliau kini beralih kepada projek fertigasi moden dengan: 1000 polybag terung
- 1500 polybag timun
- 1500 polybag cili & cili solok
Hasil pendapatan yang dahulu sekitar RM50,000 setahun kini melonjak, membuktikan inovasi & sokongan yang tepat mampu mengubah masa depan.
Sumber : Bahagian Industri Makanan & Asas Tani