Portal rasmi

LEMBAGA KEMAJUAN PERTANIAN KEMUBU

KEMENTERIAN PERTANIAN DAN KETERJAMINAN MAKANAN
Portal rasmi

LEMBAGA KEMAJUAN PERTANIAN KEMUBU

Faqs

Soalan
Lazim

Hubungi

Hubungi
Kami

Maklum balas

Aduan &
Maklumbalas

Peta laman

Peta
Laman

Program Geran Pemadanan High Impact Product (HIP)

Program ini dilaksanakan oleh Kementerian Pertanian dan Keterjaminan Makanan (KPKM) menggunakan Peruntukan Pembangunan Usahawan IAT, KPKM. Program ini dipertimbangkan kepada usahawan kecil IAT dalam kategori Tahap 4 dan 5 yang memperoleh nilai jualan kasar tahunan RM 300,000.00 sehingga RM 15,000,000.00. Bantuan geran pemadanan yang ditawarkan adalah :

Perkara Keterangan
Skop Kajian nutrisi dan jangka hayat produk Reka bentuk pembungkusan dan pelabelan Peningkatan kapasiti pengeluaran Penambahbaikan premis
Kadar Geran pemadanan (Geran 50% : Usahawan 50%)
Nilai Geran Maksimum RM200,000/permohonan

 

  • Skop kajian nutrisi dan jangka hayat produk meliputi kajian berkaitan bahan kandungan, keselamatan, analisis, nutrisi dan mikrobiologi makanan.
  • Reka bentuk pembungkusan dan pelabelan produk meliputi kos reka bentuk pembungkusan baru, penambahbaikan reka bentuk sedia ada, acuan (mould) dan cetakan pertama (first printing) sahaja.
  • Peningkatan kapasiti pengeluaran meliputi aspek peningkatan keupayaan pengeluaran/pembungkusan melalui perolehan mesin dan peralatan (termasuk kos pemasangan/pengujian) yang menambahbaik keberkesanan serta kecekapan perusahaan. Kos pembinaan prototaip/bahan pembungkusan tidak layak dibiayai di bawah skop ini.
  • Penambahbaikan premis sedia ada meliputi penambahbaikan ruang pemprosesan sehingga penyimpanan produk siap sama ada melalui pengubahsuaian susun atur atau binaan bangunan (termasuk sistem perparitan serta kumbahan) yang mematuhi keperluan pensijilan tempatan dan antarabangsa seperti MeSTI, HALAL, GMP, HACCP dan sebagainya disyorkan untuk diterima oleh Jawatankuasa Teknikal Geran Pemadanan (JKTGP). Kos perunding tidak layak dibiayai di bawah skop ini.

Usahawan boleh memohon skop bantuan secara berasingan/kombinasi, tertakluk kepada ketetapan terma dan syarat.

 

Sumber : Bahagian Industri Makanan & Asas Tani