Salam Malaysia Madani.Dalam mendepani arus teknologi yang semakin melebar, Lembaga Kemajuan Pertanian Kemubu (KADA) komited untuk menjadi salah sebuah agensi peneraju sektor pertanian terutama dalam industri padi.
Bagi mencapai hasrat itu, peranan KADA perlu diperkukuhkan bagi memastikan pembangunan sektor agromakanan negara terutama di kawasan seliaan KADA dapat dikecapi bersama.
Mengambil semangat Malaysia MADANI, penyampaian maklumat berkaitan dasar, program, perkhidmatan dan inisiatif yang dilaksanakan secara lebih pantas dan efektif perlu demi kesejahteraan rakyat serta pembangunan negara dalam menghadapi cabaran semasa yang kian mencabar.
Lantaran itu, laman sesawang Lembaga Kemajuan Pertanian Kemubu ini, menjadi platform komunikasi dua hala dalam penyampaian maklumat KADA dan golongan sasar, rakan strategik serta semua pihak yang berkepentingan.
Ini penting dalam memastikan iltizam penyampaian dalam perkhidmatan awam dapat direalisasikan dalam usaha meningkatkan kualiti dan mesra rakyat di samping mengamalkan nila-nilai integriti dan etika kerja yang tinggi selain bersedia melakukan penambahbaikan berterusan serta menyokong hala tuju kerajaan dan mendokong prinsip tadbir urus yang baik.
Semoga laman sesawang ini dapat menyalurkan maklumat inovasi pertanian yang diperlukan seperti pengenalan teknologi baru, penambahbaikan sistem sedia ada, kecekapan, kelestarian dan daya saing dalam meningkatkan hasil pertanian.
Selamat Melayari Laman Sesawang KADA.
Sekian, terima kasih.
Mohd Faizul bin Mustafa
Pengurus Besar
Lembaga Kemajuan Pertanian Kemubu
