Portal rasmi

LEMBAGA KEMAJUAN PERTANIAN KEMUBU

KEMENTERIAN PERTANIAN DAN KETERJAMINAN MAKANAN
Portal rasmi

LEMBAGA KEMAJUAN PERTANIAN KEMUBU

Faqs

Soalan
Lazim

Hubungi

Hubungi
Kami

Maklum balas

Aduan &
Maklumbalas

Peta laman

Peta
Laman

Majlis Solat Hajat Sempena Permulaan Penanaman Padi Musim 1/2026 KADA

Majlis Solat Hajat Sempena Permulaan Penanaman Padi Musim 1/2026 KADA

Lembaga Kemajuan Pertanian Kemubu (KADA) telah mengadakan Majlis Solat Hajat sempena permulaan penanaman padi Musim 1/2026 sebagai usaha memohon keberkatan, kelancaran serta hasil yang baik bagi musim penanaman yang bakal bermula.

Majlis tersebut telah disempurnakan oleh YBrs. En. Mohd Faizul Mustafa, Pengurus Besar KADA. Turut hadir ialah YBrs. En. Mohd Razif Abdullah, Timbalan Pengurus Besar KADA bersama Pegawai-pegawai Kanan KADA, dan para pesawah.

Bagi musim 1/2026, bekalan air akan disalurkan mengikut jadual yang telah ditetapkan iaitu bermula 2 Jun 2026 bagi Siri 1 yang meliputi kawasan Kota Bharu Utara (KBU), Kota Bharu Selatan (KBS), Pasir Mas dan Tumpat manakala 16 Jun 2026 bagi Siri 2 yang melibatkan kawasan Pasir Puteh dan Bachok.

Menurut Pengurus Besar KADA, jadual penanaman musim ini diperawalkan sebagai langkah persediaan bagi mengelakkan tanaman terjejas akibat musim banjir yang dijangka berlaku pada penghujung November nanti. Selain itu, Kementerian Pertanian dan Keterjaminan Makanan turut menyalurkan bantuan tubewell bernilai RM850,000 bagi membantu meningkatkan kecekapan bekalan air kepada petani di kawasan seliaan KADA.

Sehubungan itu, para pesawah dinasihatkan supaya mematuhi sepenuhnya jadual bekalan air dan jadual penanaman yang telah ditetapkan bagi memastikan pengurusan air yang lebih berkesan, mengurangkan risiko kerugian serta menjamin pengeluaran padi yang optimum.
Semoga musim penanaman kali ini dipermudahkan segala urusan, dikurniakan hasil yang melimpah ruah dan terus memperkukuh keterjaminan makanan negara.

terkini