Portal rasmi

LEMBAGA KEMAJUAN PERTANIAN KEMUBU

KEMENTERIAN PERTANIAN DAN KETERJAMINAN MAKANAN
Portal rasmi

LEMBAGA KEMAJUAN PERTANIAN KEMUBU

Faqs

Soalan
Lazim

Hubungi

Hubungi
Kami

Maklum balas

Aduan &
Maklumbalas

Peta laman

Peta
Laman

Perhimpunan Pagi Pengerusi Bersama Warga Kada 2026

Perhimpunan Pagi Pengerusi Bersama Warga Kada 2026

KADA terus mencatat pencapaian positif dalam sektor pengeluaran padi apabila berjaya menghasilkan sebanyak 194,591 tan metrik padi pada tahun 2025, meningkat 35.3 peratus berbanding tahun sebelumnya.

Peningkatan ini turut menyumbang kepada pengukuhan bekalan beras putih negara dengan sumbangan kawasan KADA meningkat daripada 7.4 peratus kepada 9.5 peratus, sekali gus menyokong agenda keterjaminan makanan negara.

Pencapaian tersebut didorong oleh pelaksanaan pelbagai inisiatif peningkatan produktiviti termasuk pengukuhan sistem pengairan dan saliran, amalan pengurusan tanaman yang lebih cekap serta pelaksanaan Projek Sistem Pam Kemubu 4 bernilai hampir RM20 juta. Projek ini berjaya menstabilkan bekalan air dan memastikan sehingga 95 peratus kawasan tanaman padi dapat diusahakan walaupun berdepan cabaran cuaca yang tidak menentu.

Dalam perhimpunan yang berlangsung di Ibu Pejabat KADA itu, YBrs. Tuan Haji Khalid Abd Samad, Pengerusi KADA turut menyeru seluruh warga kerja agar terus memperkukuh budaya kerja berpasukan, meningkatkan profesionalisme serta mendukung agenda transformasi organisasi demi penyampaian perkhidmatan yang lebih cekap dan berkesan kepada pesawah serta pelanggan.

terkini