Setinggi-tinggi tahniah dan syabas diucapkan kepada semua penerima Anugerah Perkhidmatan Cemerlang (APC) Tahun 2025 atas dedikasi, komitmen dan kecemerlangan yang telah ditunjukkan dalam melaksanakan amanah serta tanggungjawab sepanjang perkhidmatan.
Pengiktirafan ini merupakan penghargaan atas segala usaha dan sumbangan yang dicurahkan demi memastikan kecemerlangan perkhidmatan serta kemajuan organisasi terus diperkasa.
Dalam pada itu, sekalung penghargaan dan setinggi-tinggi terima kasih diucapkan kepada para pesara KADA atas segala jasa, bakti, pengorbanan dan khidmat yang telah dicurahkan sepanjang tempoh perkhidmatan. Segala sumbangan yang diberikan menjadi sebahagian daripada sejarah dan legasi yang terus dikenang.
Jasa dikenang, bakti disanjung, legasi diteruskan.
gambar boleh di muat turun di pautan di bawah