Majlis pelancaran produk Jolly Jelly & produk Herba dan majlis pertukaran perjanjian persefahaman pembangunan kapasiti pengeluaran santan segar bersama Green Impiana Brothers Solutions (GIBS) dan Lembaga Kemajuan Pertanian Kemubu (KADA) telah berlangsung di pentas utama segmen Agribusiness yang disempurnakan oleh YB Datuk Chan Foong Hin, Timbalan Menteri Pertanian Dan Keterjaminan Makanan.
Turut hadir YBrs. Tuan Haji Khalid Abd Samad, Pengerusi KADA dan YBrs. En. Mohd Faizul Mustafa, Pengurus Besar KADA.