Syarat-syarat Menjadi Ahli Pertubuhan Peladang Kawasan (PPK)
• Berumur 18 tahun dan ke atas
• Warganegara Malaysia
• Bermastautin dalam kawasan pengendalian PPK
• Mengambil bahagian dalam pengeluaran pertanian/ternakan atau
• Mendapat pendapatan daripada aktiviti pertanian/ternakan atau
• Menguasai mana-mana daripada faktor-faktor pertanian dan ternakan
Proses Untuk Menjadi Ahli PPK
1) Melalui Borang
Muat turun borang permohonan
- Mengunjungi PPK di kawasan anda
- Mendapatkan borang permohonan menjadi ahli
- Mengisi borang
- Mengemukakan borang kepada PPK
- Setiap permohonan hendaklah disertakan bayaran masuk dan saham sebagaimana ditetapkan mengikut Perlembagaan PPK
- Pertimbangan dan kelulusan Jemaah Pengarah PPK
- Sijil atau kad keahlian dikeluarkan
- Ahli boleh menikmati haknya sebagai ahli
Jika sesuatu permohonan ditolak, pemohon bolehlah membuat rayuan kepada Pendaftar dalam masa 14 hari dan Pendaftar akan membuat keputusan muktamad.
2) Secara Atas Talian
Sila layari https://pklik.lpp.gov.my
Sumber : Bahagian Institusi Peladang