Official Portal

LEMBAGA KEMAJUAN PERTANIAN KEMUBU

KEMENTERIAN PERTANIAN DAN KETERJAMINAN MAKANAN
Official Portal

LEMBAGA KEMAJUAN PERTANIAN KEMUBU

Faqs

Soalan
Lazim

Hubungi

Contact Us
Kami

Maklum balas

Aduan &
Maklumbalas

Peta laman

Peta
Laman

PM Anwar visits Desa Gemalai organic rice project

Lawatan pm (1)

Tinjauan status projek padi organik yang ditanam di kawasan Lembaga Kemajuan Pertanian Kemubu KADA oleh YAB Dato Anwar Ibrahim, Perdana Menteri Malaysia. Tinjauan ini bertujuan untuk melihat perkembangan projek penanaman padi organik.

Program ini telah berlangsung di Desa Gemalai, Baruh Padi Alami, yang diusahakan oleh En. Mohd Yusri Mohamad Nor. Penanaman padi di kawasan seluas 8.49 hektar ini bermula pada musim 1/2023 dengan mengamalkan konsep pertanian mesra alam, tanpa penggunaan baja dan racun kimia sintetik. Hasil purata yang diperoleh pengusaha adalah antara 4.85 hingga 5.25 tan sehektar.

Projek ini turut menerima bimbingan serta khidmat nasihat daripada Kementerian Pertanian dan Keterjaminan Makanan (KPKM) melalui agensinya, KADA. Kini, Desa Gemalai sedang dalam proses mendapatkan persijilan ‘MyOrganik’ daripada Jabatan Pertanian Malaysia.

terkini