Official Portal

LEMBAGA KEMAJUAN PERTANIAN KEMUBU

KEMENTERIAN PERTANIAN DAN KETERJAMINAN MAKANAN
Official Portal

LEMBAGA KEMAJUAN PERTANIAN KEMUBU

Faqs

Soalan
Lazim

Hubungi

Contact Us
Kami

Maklum balas

Aduan &
Maklumbalas

Peta laman

Peta
Laman

SYABAS & TAHNIAH BUAT SEMUA!

10092026

Setinggi-tinggi penghargaan dan ucapan terima kasih saya rakamkan kepada YB Menteri Pertanian dan Keterjaminan Makanan, YB Timbalan Menteri Pertanian dan Keterjaminan Makanan, Datuk Seri KSU KPKM, semua TKSU KPKM, semua SUB KPKM, Pengerusi KADA, Timbalan Pengurus Besar KADA, Pengarah-Pengarah Bahagian, Ketua-Ketua Unit, Ketua-Ketua Pegawai KADA Jajahan, Pengurus Besar PPK KADA serta seluruh warga kerja dan petugas yang terlibat dalam Segmen Agro Interaktif KADA sempena MAHA 2026.

Terima kasih atas segala khidmat bakti, komitmen, kesungguhan, usaha, masa dan tenaga yang telah dicurahkan tanpa mengenal penat lelah, demi memastikan kelancaran dan kejayaan pelaksanaan Segmen Agro Interaktif KADA di MAHA 2026.

Saya juga ingin mengambil kesempatan ini untuk memohon kemaafan atas segala kekurangan, kelemahan, kekhilafan dan keterlanjuran sepanjang kita bersama-sama melalui proses persediaan dan pelaksanaan program ini.

Sesungguhnya, kerjasama, semangat berpasukan, kesungguhan dan dedikasi yang telah ditunjukkan oleh semua amat saya hargai dan banggakan. Kejayaan yang kita kecapi hari ini bukanlah hasil usaha individu tetapi merupakan hasil komitmen dan pengorbanan kita bersama sebagai satu pasukan.

Syabas dan tahniah sekali lagi kepada semua! Semoga segala usaha dan pengorbanan yang dicurahkan menjadi amal yang baik serta terus menyemarakkan semangat kita untuk memberikan yang terbaik dalam setiap amanah dan tugasan yang dipertanggungjawabkan.
Terima kasih atas segala-galanya. Anda semua adalah sebahagian daripada kejayaan KADA.

Salam hormat,

Mohd Faizul bin Mustafa
General Manager
Lembaga Kemajuan Pertanian Kemubu (KADA)
terkini