Prihatin dengan keluh kesah petani, hari ini Pengerusi KADA, Tuan Haji Khalid Abd Samad turun padang dalam Program Sembang Santai Pengerusi bersama petani di Unit Hutan Pasir, Kota Bharu.
Unit Peladang Hutan Pasir merupakan salah satu unit peladang dibawah seliaan Pejabat KADA Jajahan Kota Bharu Selatan.
Program hari ini merupakan satu platform untuk mendekati para petani dengan pihak KADA serta mendengar secara langsung pandangan, cadangan dan isu-isu yang dihadapi di peringkat lapangan.
Ia juga memperkukuhkan hubungan antara KADA dan komuniti petani.
Sesi perkongsian dan dialog dua hala ini juga memberi ruang kepada petani mendapat maklumat terus berkaitan pembangunan pertanian, pengurusan pengairan, produktiviti tanaman serta kebajikan petani.
KADA terus komited dalam memastikan setiap isu yang dibangkitkan dapat diteliti serta ditangani dengan sebaiknya demi kesejahteraan para pesawah.