Home MOU KADA DAN BERNAS

MOU KADA DAN BERNAS

23 JANUARI 2022

PASIR PUTEH – Lembaga Kemajuan Pertanian Kemubu (KADA) hari ini menandatangani Memorandum Persefahaman (MoU) dengan Syarikat Padi Beras Nasional Berhad (BERNAS) bagi pelaksanaan Projek Smart Sawah Berskala Besar (SMART SBB) yang merupakan salah satu program peningkatan hasil padi negara, pada satu majlis yang diadakan di Ladang Merdeka Jelor, Pasir Puteh.
Pengurus Besar KADA, Nik Roslan bin Idris mewakili KADA menandatangani MoU tersebut manakala BERNAS pula diwakili oleh Ketua Bahagian Pembangunan Pengurusan Konsesi dan Aktiviti Huluan, Abdul Rahman Mohd Nasri dan yang disaksikan oleh Menteri Pertanian dan Industri Makanan, Datuk Seri Dr Ronald Kiandee.
Kepakaran kedua-kedua agensi ini, akan berlaku lonjakan peningkatan hasil padi khususnya di dalam kawasan KADA ini.
MAFI telah mula melaksanakan program SMART SBB yang merupakan kerjasama pintar awam dan swasta untuk membangunkan kawasan penanaman padi secara berperingkat di Semenanjung Malaysia.
Jalinan kerjasama pintar dan strategik awam dan swasta ini telah bermula sejak Februari 2021 dan setakat ini terdapat penyertaan lapan belas (18) syarikat peneraju yang telah menandatangani Memorandum Persefahaman (MOU) dengan Kerajaan mensasarkan pembangunan kawasan penanaman padi seluas 300,000 hektar.
Sebagai projek rintis SMART SBB KADA-BERNAS, sebanyak 134 hektar tanah sawah telah diperuntukkan iaitu 100 hektar di Mukim Bunut Susu, Pasir Mas telah diperuntukan untuk diusahakan bersama dengan BERNAS, sementara itu sebanyak 34 hektar lagi melibatkan Ladang Merdeka Jelor, di Pasir Puteh dengan anggaran kos keseluruhan melibatkan hampir RM10 juta bagi tempoh 15 tahun pelaksanaan projek merangkumi kos infrastruktur dan pengairan serta proses penyuburan tanah.
Turut hadir, YB Dr Nik Muhammad Zawawi Bin Nik Salleh, Timbalan Menteri Pertanian Dan Industri Makanan II, YB Haji Tuan Mohd Saripudin Bin Tuan Ismail Pengerusi Jawatankuasa Pertanian, Industri Asas Tani, Bioteknologi, Teknologi Hijau Dan Alam Sekitar YBhg Datuk Pengerusi KADA, Datuk Kamarudin Md Nor, Timbalan Ketua Setiausaha (Pembangunan), MAFI, Datuk Badrul Hisham Bin Mohd, Pengurus Besar KADA, YB Dato’ Che Abdullah Bin Mat Nawi, Pengerusi Lembaga Pertubuhan Peladang Tuan Hj Nik Roslan Idris serta En Abdul Rahman Mohd Nasri, Ketua Bahagian Pengurusan Konsesi dan Aktiviti Huluan mewakili YBhg Datuk Haris Fadzilah Hassan, Pengarah Urusan Kumpulan Bernas.