Home PERUTUSAN PENGERUSI

PERUTUSAN PENGERUSI

بِسۡمِ ٱللهِ ٱلرَّحۡمَـٰنِ ٱلرَّحِيمِ

Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh dan Salam Sejahtera,

Saya ingin mengucapkan Selamat Tahun baharu 2020 kepada semua warga kerja Lembaga Kemajuan Pertanian Kemubu (KADA) semoga berjaya melaksanakan misi menjana kemakmuran bersama KADA dan teruskan lipat gandakan usaha di tahun baru ini semoga tahun ini lebih baik dan meningkat dari tahun lepas. Segala pujian kepada Allah yang merubah waktu dari siang menjadi malam, dari hari ke minggu, dari minggu ke bulan dan dari bulan menjadi tahun. Begitulah masa berjalan dan musim beredar membawa kita ke tahun baru dengan harapan yang besar, tanggungjawab yang banyak dan berat, ditengkuk kita adalah amanah Allah dikanan dan kiri tugasan untuk memakmuran bumi Allah dan ummah.

Firman Allah : (30) إِذْ قَالَ رَبُّكَ لِلْمَلَائِكَةِ إِنِّي جَاعِلٌ فِي الْأَرْضِ خَلِيفَةً
“Dan ingatlah ketika tuhanmu berfirman kepada malaikat “Sesungguhnya Aku akan mencipta di pemukaan bumi seorang khalifah” (Al Baqarah 30)

Allah yang mencipta hambaNya sentiasa menukar waktu, masa dan zaman supaya manusia tidak menjadi jemu dan bosan berada dalam suasana dan zaman yang serupa. Peredaran zaman dan masa juga adalah merupakan pamiran ayat-ayat Allah (petanda keagungan Allah) bagi manusia berakal yang memikirkan tentang kekuasaan Allah dan menjadi sebab bagi hamba hamba yang terpilih mengambil pelajaran dan bersyukur atas pelbagai kurniaNya.

Firman Allah : (62) وَهُوَ الَّذِي جَعَلَ اللَّيْلَ وَالنَّهَارَ خِلْفَةً لِّمَنْ أَرَادَ أَن يَذَّكَّرَ أَوْ أَرَادَ شُكُورًا
“Dan Dialah (Allah) yang menjadikan malam dan siang bersilih ganti kepada sesiapa yang ingin mengambil pengajaran atau ingin bersyukur”.  (Al Furqan 62)

Warga KADA adalah pemikul amanah Allah dan kerajaan kepada rakyat (ummah) untuk merealisasikan ummah yang makmur bersama KADA. Seandainya kita melaksanakan tugasan dan tanggungjawab dengan penuh jujur, amanah dan professional lalu rakyat mendapat manfaat yang sempurna hasil dari usaha kita, nescaya Allah tidak akan mensia-siakan kita.

Sabda Rasulullah saw : “Manusia yang paling dicintai Allah swt ialah yang paling bermanfaat kepada manusia (lain)” (HR Al Thabrani dan Al albani mengatakan hadith hasan) Tugasan dan Tangunggjawab kita bukan hanya untuk urusan dunia sahaja, bahkan kita akan bersama-sama di akhirat untuk membawa hasil tugasan dan tanggungjawab ini dihadapan Allah. Bertuahlah warga KADA yang menjaga dan menunaikan tanggungjawab dengan sebaik-baiknya kerana mereka akan mendapat hasil (balasan) yang baik, rugilah sesiapa yang mengabaikan tugasan dan tanggungjawab dengan hasil (balasan) yang buruk.

“Menjana KEMAKMURAN Bersama KADA”

“Selamat Menyambut Tahun Baharu 2020”

Sekian.

Wabillahitaufik walhidayah wasalamualaikum wbt.

YB SENATOR DATUK HJ HUSAM BIN MUSA
PENGERUSI KADA

 

Kemaskini : 21/01/2020