Home PENGENALAN PROGRAM BUKAN PADI

PENGENALAN PROGRAM BUKAN PADI

LATAR BELAKANG

Dengan peruntukan pembangunan RMke11, adalah dijangkakan akan menyumbang kepada peningkatan 20% kepada pengeluaran hasil kepada aktiviti pertanian selain padi (bukan padi) dengan unjuran penambahan nilai sebanyak kira-kira RM43 juta. Pengeluaran hasil daripada aktiviti pertanian selain padi yang juga melibatkan penternakan ini sedikit sebanyak akan menambah pendapatan sampingan golongan sasar disamping akan memainkan peranan dalam menyokong industri asas hiliran. Sasaran untuk faedah yang diterima daripada aktiviti ini melibatkan lokaliti setempat khususnya dan juga kepada penyumbang makanan negara amnya. Dijangkakan 30% penduduk dalam kawasan KADA akan menerima faedah bantuan daripada projek ini secara langsung.

OBJEKTIF

  • Meningkatkan pengeluaran pelbagai jenis sayur-sayuran, buah-buahan, hasil ternakan untuk memenuhi permintaan pasaran      tempatan dan luar.
  • Merangsang pertumbuhan ekonomi dan pembangunan modal insan kawasan sekitar berasaskan aktiviti pertanian.
  • Merangsang pembangunan sosio-ekonomi dalam kawasan setempat khasnya KADA.
  • Menjadikan kawasan pertanian yang sentiasa mengeluarkan hasil pertanian yang berterusan.
  • Sebagai pemangkin yang akan menarik golongan berpendapatan rendah dan juga usahawan.
  • Meningkatkan hasl pengeluaran dalam negara.
  • Mengembangkan ekonomi tempatan.
  • Membantu dalam mengurangkan kadar import makanan daripada luar negara.
  • Mengembangkan ekonomi tempatan.
  • Membantu dalam mengurangkan kadar import makanan daripada luar negara.
  • Meningkatkan pendapatan penduduk setempat.

OUTPUT DAN FAEDAH YANG DIJANGKA DARIPADA PROJEK

  • Dengan peruntukan RMke11, adalah dijangkakan akan menyumbang kepada peningkatan 20% kepada pengeluaran hasil           berasaskan kepada aktiviti pertanian selain padi (bukan padi) dengan unjuran penambahan nilai sebanyak kira-kira RM43 juta.
  • Pengeluaran hasil daripada aktiviti pertanian selain padi yang juga melibatkan penternakan ini sedikit sebanyak akan menambah pendapatan sampingan golongan sasar disamping memainkan peranan dalam menyokong industri asas hiliran.
  • Sasaran untuk faedah yang diterima daripada aktiviti ini melibatkan lokaliti setempat khususnya dan juga kepada sumbangan bekalan makanan negara amnya.
  • Dijangkakan 30% penduduk dalam kawasan KADA akan menerima faedah bantuan darpada projek ini secara langsung.

JUSTIFIKASI PROJEK

  • Perlaksanaan projek ini akan dapat menebusguna tanah yang tidak produktif dan seterusnya memberi pulangan kepada petani dan negara.
  • Meningkatkan pengeluaran bahan makanan tempatan dengan hasrat untuk mengurangkan jumlah pengimportan bahan makanan daripada luar negara.
  • Mewujudkan peluang pekerjaan kepada petani dan penduduk setempat.