Home AGROBAZAAR

AGROBAZAAR

Kebaikan Perniagaan Agro Dalam Talian

Dalam situasi di mana semakin banyak operasi dijalankan dalam talian, tidak mustahil bahawa perniagaan industri utama juga mewujudkan kedai dalam laman web sedunia (World Wide Web). Terdapat banyak kebaikan mempunyai perniagaan dalam talian; dengan penyertaan ramai usahawan tani, dapat merevolusikan keadaan di mana rakyat Malaysia membangunkan sektor pertanian mereka.

Salah satu daripada masalah terbesar sektor pertanian adalah agihan keuntungan. Seringkali wujudnya orang tengah yang akan meninggikan kos pengeluaran dan mengurangkan keuntungan bagi perniagaan tersebut. Agrobazaar dapat mengenepikan orang tengah dan tidak akan ada kos tambahan yang terlibat. Di samping itu, harga produk pertanian juga dikurangkan bagi mendapatkan pulangan yang lebih.

Kedua, memandangkan maklumat kini benar-benar di hujung jari kita – mampu mengakses apa sahaja hanya dengan menekan butang – mudah bagi usahawan tani mempromosikan produk mereka dalam talian. Dengan Agrobazaar, ia memudahkan pengeluar dan pembekal mempromosikan dan mengagih hasil tani mereka. Agrobazaar juga akan memberikan platform di mana pembeli dan penjual boleh mengumpul dan menjalankan urusniaga mereka dengan mudah dan pantas. Komunikasi akan lebih mudah dan perniagaan dapat dijalankan dengan lebih efektif.

Seperti yang dibuktikan dengan hubungan yang meluas, dunia dalam talian ini memanfaatkan golongan bukan profesional biasa, ia juga memberikan kebaikan yang serupa kepada sektor pertanian Malaysia.  Agrobazaar akan membolehkan peruncit, pemborong, pengumpul, peniaga, peladang, pengeksport dan pengimport berhubung antara satu sama lain bagi mencapai dan memenuhi matlamat mereka sendiri sementara menawarkan manfaat yang sama kepada golongan yang mereka berurus niaga.

Agrobazaar juga akan memanfaatkan pengguna masa depan kerana mereka boleh merancang usaha sendiri melalui penggunaan portal ini. Komunikasa adalah penting dalam membangunkan dunia pertanian dan semakin web ini maju, semakin ramai orang akan disatukan untuk memperkembangkan sektor ini, dan lebih banyak untung akan diraih untuk sektor pertanian dan juga negara.

Perlu juga diingatkan bahawa pendaftaran untuk portal ini adalah percuma. Urusniaga yang dijalankan dalam talian melalui Agrobazaar adalah sepadu dan komprehensif. Ia memudahkan penggunaan dalam segala aspek sama ada seseorang itu sedang membuat pembelian atau melengkapkan urusan bayaran.

Akhir sekali, bagi lebih menyempurnakan urusan perniagaan dalam talian Agrobazaar, perkhidmatan logistik akan diselaraskan dengan portal di masa hadapan. Ini adalah bagi memastikan bahawa proses daripada mempamerkan produk kepada menghantarnya ke pengguna akhir akan lebih mudah melalui Agrobazaar.

Kesimpulannya, Agrobazaar bermatlamat untuk mewujudkan pembangunan masa hadapan dalam sektor pertanian melalui urusniaga dalam talian. Adalah diharapkan bahawa dengan peluang yang terbuka kepada semua pihak dalam sektor pertanian, masyarakat akan lebih bersemangat dan ini akan membantu dalam pembangunan pertanian masa hadapan.

Untuk mengakses Agrobazaar, sila klik di sini.