Home PERUTUSAN CIO KADA

PERUTUSAN CIO KADA

PERUTUSAN CIO KADA

Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh dan Salam Sejahtera.

Selamat datang ke Laman Web Rasmi Lembaga Kemajuan Pertanian Kemubu (KADA).

Paparan laman web menandakan satu lagi usaha KADA untuk mendekati kumpulan sasar dalam memberikan perkhidmatan yang cemerlang kepada kumpulan sasar selaras dengan visi, misi serta objektif KADA.

Saya yakin laman web KADA boleh dijadikan saluran komunikasi dua hala yang berkesan bagi membantu kerajaan meningkatkan mutu perkhidmatan yang berkualiti, cekap dan berkesan dalam bidang sumber bekalan air, pengurusan sistem pengairan dan saliran serta penggunaan teknologi pertanian melalui kaedah pembangunan bersepadu dan menyampaikan maklumat yang tepat berhubung isu-isu yang timbul khususnya di dalam ruang lingkup dalam bidang Agromakanan.

Justeru, segunung harapan tersemat di dalam jiwa bahasa melalui penggunaan laman web ini, KADA dapat menyumbang dan merealisasikan agenda kerajaan dalam meningkatkan sistem penyampaian yang akhirnya menjurus kepada pembuatan keputusan yang tepat dan pantas demi mencapai ekonomi golongan sasar berpendapatan tinggi yang merupakan salah satu aktiviti ekonomi utama dalam Model Ekonomi Baru yang dikenalpasti adalah sektor pertanian yang akan melonjakkan Negara berpendapatan tinggi dalam tahun 2020.

Akhir kata, saya mengucapkan terima kasih kepada anda kerana mengunjungi dan memanfaatkan perkhidmatan laman web ini.  Bagi pihak KADA, saya juga mengalu-alukan pandangan dan cadangan yang terbit dari kepekaan pengunjung-pengunjung untuk penambahbaikan kandungan laman ini dari masa ke semasa.

Selamat melayari laman web KADA.

Sekian, wassalam.

CIO KADA 

Kemaskini : 14/09/2022