Home PEPERIKSAAN

PEPERIKSAAN

PEPERIKSAAN JABATAN

PANDUAN CALON MENDUDUKI PEPERIKSAAN PERKHIDMATAN AWAM 2022

PERMOHONAN PEPERIKSAAN

  • Borang permohonan peperiksaan dan jadual peperiksaan adalah secara atas talian melalui laman sesawang kompetensi (www.kompetensi.jpa.gov.my/peperiksaan).
  • Nama dan alamat pejabat hendaklah diisi dengan lengkap.
  • Calon digalakkan memohon seawal yang mungkin sebelum tarikh tutup permohonan.
  • Permohonan yang diterima selepas tarikh tutup akan DITOLAK.
  • Slip akuan terimaan permohonan hendaklah dicetak sebagai bukti permohonan telah dibuat.
  • Calon yang tidak mendaftar TIDAK dibenarkan menduduki peperiksaan.
  • Semakan status permohonan, angka giliran dan pusat peperiksaan adalah secara atas talian melalui laman sesawang kompetensi dua (2) minggu sebelum tarikh peperiksaan.

PUSAT PEPERIKSAAN

  • Ditetapkan oleh urusetia peperiksaan, Jabatan Perkhidmatan Awam Malaysia.
  • Pertukaran pusat peperiksaan adalah TIDAK DIBENARKAN kecuali mendapat kebenaran bertulis daripada urusetia peperiksaan di Bahagian Perkhidmatan, Jabatan Perkhidmatan Awam.
  • Pertukaran pusat hanya dibenarkan atas sebab-sebab berikut :
    • Pertukaran tempat bertugas (surat arahan pertukaran hendaklah disertakan)
    • Masalah kesihatan (surat laporan kesihatan daripada Pegawai Perubatan hendaklah disertakan).

TANGGUNGJAWAB CALON

Calon hendaklah mematuhi peraturan seperti yang ditetapkan dalam surat Pekeliling Perkhidmatan Bil.13 Tahun 1982 – Peraturan Tatatertib Dalam Peperiksaan Perkhidmatan. Antaranya :

  • Calon perlu mencetak dan membawa SLIP ARAHAN CALON, KAD PENGENALAN dan ALAT TULIS.
  • Calon wajib berpakaian berpakaian pejabat dan kemas.
  • Bahan rujukan yang berkaitan dibenarkan untuk dibawa masuk ke dalam dewan peperiksaan kecuali nota tangan dan nota slaid.
  • Sekiranya calon tidak mematuhi peraturan, Ketua Pengawas boleh menghalang calon daripada menduduki peperiksaan.

KEPUTUSAN

  • Semakan keputusan peperiksaan adalah secara atas talian melalui laman sesawang kompetensi.
  • Keputusan peperiksaan akan dikeluarkan dalam tempoh 3 bulan dari tarikh peperiksaan.
  • Keputusan peperiksaan dianggap TERBATAL sekiranya calon didapati tidak layak menduduki peperiksaan yang berkaitan.

Klik di sini untuk keterangan lanjut berkenaan Jadual Peperiksaan Perkhidmatan Awam 2022.