Gerbang SMS Kerajaan (mySMS 15888) telah dilancarkan oleh YBhg. Ketua Setiausaha Negara pada 31 Julai 2008 bersempena Persidangan Ketua Pegawai Maklumat (Chief information Officer – CIO) Sektor Awam 2008. mySMS 15888 telah dibangunkan sebagai platform bagi agensi-agensi Kerajaan menyampaikan perkhidmatan menerusi saluran Sistem Pesanan Ringkas (SMS) menggunakan satu nombor iaitu 15888. Perkhidmatan yang disediakan menjanjikan perkhidmatan yang cepat, tepat dan selamat kepada pelanggan.
Pelaksanaan mySMS 15888 merupakan salah satu usaha penambahbaikan bagi meningkat sistem penyampaian perkhidmatan Kerajaan kepada pelanggannya. Faedah-faedah yang boleh diperoleh melalui penggunaan mySMS 15888 di KADA ada buat masa ini ialah :
BIL | NAMA | KOD |
INFO |
---|---|---|---|
1 | IBU PEJABAT KADA | HQ | Lembaga Kemajuan Pertanian Kemubu,P/S 127, 15710 Kota Bharu. Tel:09-7447088 Fax:097441053 Web : www.kada.gov.my |
2 | PKJ KOTA BHARU SELATAN | KBS | Pejabat KADA Jajahan Kota Bharu Selatan, Melor, 16400 Kota Bharu.Tel:09-7825775, Fax:09-7825772 |
3 | PKJ KOTA BHARU UTARA | KBU | Pejabat KADA Jajahan Kota Bharu Utara, Mulong 16010 Kota Bharu.Tel:09-7127731,Fax:09-7127732 |
4 | PKJ PASIR PUTEH | PP | Pejabat KADA Jajahan Pasir Puteh, Selising,16810, Pasir Puteh.Tel:09-7890011, Fax:09-7890014 |
5 | PKJ PASIR MAS | PM | Pejabat KADA Jajahan Pasir Mas, Kg Tendong,17030 Pasir Mas.Tel:09-7198212. Fax:09-7193244 |
6 | PKJ TUMPAT | TPT | Pejabat KADA Jajahan Tumpat, Kg Paloh,16250 Wakaf Bharu.Tel:09-71985225, Fax : 09-7191377 |
7 | PKJ BACHOK | BCK | Pejabat KADA Jajahan Bachok, Bukit Bator, Jelawat,16070 Bachok.No Tel : 013-9229588 |
BIL | NAMA | KOD | INFO |
---|---|---|---|
1 | BORANG DAFTAR INSENTIF | BORANG1 | ATTACH FAIL |
2 | BORANG KEAHLIAN PPK | BORANG2 | ATTACH FAIL |
3 | BORANG DAFTAR USAHAWAN | BORANG3 | ATTACH FAIL |
4 | BORANG PERMOHONAN USAHAWAN | BORANG4 | ATTACH FAIL |
BIL | NAMA | KOD |
INFO |
---|---|---|---|
1 | BORANG DAFTAR INSENTIF | ADUAN | Aduan anda bernombor [refnum] telah diterima. Anda akan dihubungi untuk maklumat lanjut.Sebarang pertanyaan, hubungi unit pro kada di 09-7447088 / prokada@kada.gov.my |
Bullet maklumat lengkap dan format penghantaran perkhidmatan MySMMS KADA adalah mengikut format berikut. (MySMS Link PDF File). Setiap mesej yang dihantar akan dikenakan bayaran sebanyak %M0.15 dan setiap mesej yang diterima akan dicaj sebanyak RM0.20. KADA tidak menerima sebarang bayaran daripada perkhidmatan ini.
Bullet bagi membolehkan pengguna menerima maklumat perkhidmatan MySMS terkini dan maklumat penting kerajaan, semua pelanggan dijemput menyertai komuniti yang dikenali sebagai Rakan MySMS dan bagi informasi pertanian, pelanggan boleh mendaftar dengan Rakan AGRO sebagaimana berikut :
Rakan mySMS Taip : REG MYSMS [nama] [no. kp] SMS ke 15888
Rakan Agro Taip : REG MYSMS [nama] [no. kp] MOA SMS ke 15888