Home PERUNTUKAN MAFI DALAM BAJET 2023

PERUNTUKAN MAFI DALAM BAJET 2023

Kementerian Pertanian dan Industri Makanan (MAFI) menyambut baik Bajet 2023 yang memperuntukkan sejumlah RM372.3 bilion dan lebih tinggi berbanding tahun sebelum ini. Peruntukan ini antara lain jelas menunjukkan peranan MAFI dalam melaksanakan pelbagai program, projek serta inisiatif strategik dan bersasar bagi mengukuhkan sekuriti makanan negara sepanjang tempoh pemulihan ekonomi yang dijangka akan lebih mencabar pada tahun hadapan.