Home FUNGSI BAHAGIAN

FUNGSI BAHAGIAN

PEJABAT PENGURUS BESAR
  1. Bertanggungjawab melaksanakan segala program, projek dan apa-apa yang diarahkan oleh pihak Kementerian dan Lembaga bagi tujuan meningkatkan taraf sosio-ekonomi petani dalam kawasan KADA.
  2. Bertanggungjawab memantau pelaksanaan program PPK bagi tujuan merealisasikan penghayatan budaya niaga koperasi ke arah menuju PPK berdikari sejajar dengan peranannya sebagai Wakil Pendaftar.
  3. Bertanggungjawab memantau program pembangunan dan meningkatkan komitmen ke arah usaha bagi melahirkan generasi peladang maju dengan mengamalkan kaedah pertanian moden dan terkini disamping menerapkan budaya penggunaan teknologi maklumat dalam bidang pertanian.
  4. Berusaha mewujud dan menjalin hubungan kerjasama dengan Kerajaan Persekutuan dan Negeri atau mana-mana badan bagi tujuan kepentingan Lembaga.
  5. Bertanggungjawab secara langsung terhadap program pembangunan Ladang Komersil, Industri Pengeluaran Makanan dan juga program Pembangunan Pertanian.
  6. Melaksanakan program pembangunan bagi meningkatkan taraf sosio-ekonomi petani melalui mempelbagaikan aktiviti-aktiviti ekonomi yang beroperasi.
  7. Bertindak sebagai pelaksana kepada semua keputusan yang diarah dan diputuskan oleh pihak atasan.
  8. Bertanggungjawab terhadap segala kerja-kerja pengauditan terhadap badan dan institusi di bawah kawalan Lembaga.
BHG. PENGURUSAN
  1.  Menterjemah,menyebar serta menguatkuasa peraturan melalui format pekeliling dan arahan kewangan dan kerajaan dan lembaga
  2.  Merancang,mengurus serta mengawal kewangan Lembaga meliputi belanja mengurus dan pembangunan
  3.  Merancang dan mengurus pembangunan sumber manusia utk pegawai dan petani termasuk penilaian prestasi (PTK) ke atas pegawai dan kakitangan lembaga.
  4. Merancang dan melaksanakan program peningkatan imej Lembaga dlm kontek hubungan dengan agensi-agensi luar.
  5. Merancang keperluan perjawatan serta mengurus pengambilan dan penempatan kakitangan.
  6. Mengawal keselamatan harta-harta milik Lembaga.
  7.  Menyelaras dan mengurus segala perolehan dan bekalan.
BHG. PERANCANGAN & TEKNOLOGI MAKLUMAT
  1. Menggubal Rancangan Jangka Panjang dan Jangka Pendek berasaskan DPN3, MTEN dan lain-lain dasar baru yang diperkenalkan oleh Kerajaan.
  2. Menyedia permohonan peruntukan belanjawan pembangunan untuk Rancangan Malaysia dan tahunan.
  3. Menyelaras pengagihan peruntukan dan pelaksanaan projek-projek pembangunan di bawah Rancangan Malaysia.
  4. Mengenalpasti dan mengurus bidang-bidang kaian dan penyelidikan bagi memajukan pertanian dan golongan sasar.
  5. Mewujudkan perhubungan dengan badan-badan pertanian dan pemakanan antarabangsa serta institusi tempatan untuk mendapakan bantuan kepakaran dan penyelidikan.
  6. Membangun, memaju serta mengurus Sistem Teknologi Maklumat dan Komunikasi (ICT) serta menyalur infomasi untuk kegunaan golongan sasar dan awam.
BHG. PERTANIAN
  1. Merancang dan melaksanakan tanaman padi 2 kali setahun secara sistematik dan berterusan.
  2. Merancang dan melaksanakan peningkatan hasil dan mutu padi melalui penggunaan teknologi input, dan pengurusan moden.
  3. Merangka dan merancang aktiviti pengembangan dan latihan bagi meningkatkan pendapatan dan pengeluaran golongan sasar dalam pengeluaran padi.
  4. Merancang dan melaksanakan transformasi dalam industri padi melalui kesesuaian teknologi dalam pengawalan dan pengeluaran padi di kawasan KADA.
  5. Mengurus dan menyelaras bekalan input, insentif dan lain-lain program bantuan Kerajaan kepada petani padi.
  6. Merancang, mewujud dan melaksanakan pengurusan ladang komersial KADA.
  7. Merancang dan melaksanakan pengeluaran benih padi yang bermutu dan mencukupi bagi kawasan KADA.
  8. Menyelaras dan memperkemaskan sistem pemasaran pengeluaran padi KADA.
BHG. KEJ. MEKANIKAL & ELEKTRIKAL

CAWANGAN MEKANIKAL

  1. Merancang dan melaksana program-program pembangunan dan permodenan komponan kejuruteraan mekanikal,kejuruteraan logi & kenderaan, kejuruteraan pertanian dan komponan kejuruteraan elektrik.
  2. Merancang dan melaksana program-program penyenggaraan ke atas semua kemudahan-kemudahan dan peralatan kejuruteraan dan kejuruteraan logi & kenderaan dan kejuruteraan pertanian.
  3. Pengendalian perkhidmatan mekanisasi ladang yang meliputi perkhidmatan sebelum tuai sehingga selepas tuai.
  4. Merancang dan menyelaras kenderaan dan logi bagi penggunaan yang optimum dan cekap.
  5. Merancang dan melaksanakan program ‘LVT’ ke atas peralatan dan jentera bagi menyesuaikan dengan keadaan setempat.

CAWANGAN ELEKTRIK

  1. Merancang dan melaksana program-program komponan kejuruteraan elektrik.
  2. Merancang dan mengenali operasi bekalan air dari stesen-stesen pam utama.
  3. Merancang dan melaksana program-program penyenggaraan ke atas pam-pam booster elektrik.
  4. Merancang dan melaksana program-program penyenggaraan ke atas kemudahan-kemudahan dan peralatan kejuruteraan elektrik.
  5. Merancang dan melaksana program-program elektrifikasi rumah-rumah pam dan pintu air.
BHG. KEJURUTERAAN AWAM

CAWANGAN PENGAIRAN & SALIRAN

  1. Meyediakan rancangan jangka panjang program pembangunan prasarana dan kemudahan asas bagi meningkatkan keupayaan sistem pengairan dan saliran dalam kawasan KADA.
  2. Merancang dan menyusun operasi pembekalan air ke sawah.
  3. Mengkaji, merancang dan menyelaras kerja penyenggaraan, menaiktaraf dan baikpulih sistem pengairan dan saliran kepunyaan KADA.
  4. Memantau dan menyelaras aktiviti operasi dan penyenggaraan pam-pam booster, logi, kenderaan dan jentera peralatan.
  5. Memantau keberkesanan khidmat pengairan, mengenalpasti kelemahan dan mengatur langkah-langkah untuk meningkatkan pengurusan air yang berkesan.

CAWANGAN TEKNIKAL

  1. Merancang, merekabentuk dan menyedia spesifikasi ke atas projek-projek baru yang dicadangkan oleh Lembaga.
  2. Merancang, mengurus dan mengemaskini serta mendokumentasikan maklumat-maklumat kegunaan tanah (Land-use date) seluruh kawasan KADA.
  3. Merancang, merekabentuk dan menyediakan spesifikasi, anggaran kos, dokumen tender, penilaian tawaran tender dan seterusnya menguruskan pelaksanaan projek mengikut keputusan Lembaga Jawatankuasa Tender.
  4. Mengesan dan menilai kemajuan projek-projek yang sedang dilaksanakan.

CAWANGAN UTILITI

  1. Merancang dan melaksana program pembinaan bangunan kemudahan asas.
  2. Merancang, mengurus dan menyelenggara serta menaik taraf bangunan Ibu Pejabat dan premis-premis mililk KADA.
  3. Merancang dan mengurus keperluan jalan ladang seluruh kawasan KADA.
  4. Merancang dan mengurus kerja-kerja penyelenggaraan jalan ladang.
  5. Mengurus persiapan bagi Majlis-majlis keceriaan peladang anjuran Lembaga.
  6. Merancang serta melaksana siasatan ke atas permohonan perubahan syarat dan kegunaan tanah.
BHG. PENGEMBANGAN PETANI
  1. Merancang, mengurus dan melaksanakan program latihan / kursus pegawai dan golongan sasar.
  2. Mengurus peperiksaan jabatan untuk pegawai / kakitangan.
  3. Mengurus Pusat Latihan Pertanian KADA di Melor dan di Lojing.
  4. Mengurus dan menyelaras program latihan industri penuntut ipt/institut/kolej.
  5. Merancang, mengurus dan melaksanakan program pengembangan penyampaian kelompok sasaran terfokus.
BHG. INSTITUSI PELADANG
  1. Menjalankan kuasa-kuasa Wakil Pendaftar Pertubuhan Peladang.
  2. Merangka Rancangan Jangka Panjang, Sederhana dan Pendek pembangunan Institusi Peladang KADA.
  3. Membimbing dan menasihati pengurusan dan pergerakan perniagaan serta perkhidmatan PPK, SKATA dan Anak-anak Syarikat.
  4. Menyediakan khidmat pengurusan dana dan kewangan serta memberi perakuan berhubung dengan permohonan Institusi Peladang mengikut peruntukan Undang-undang.
  5. Merancang dan merangka program-program sosio-ekonomi bagi meningkatkan taraf hidup dan kesejahteraan keluarga peladang.
  6. Menterjemah dan mengedar pekeliling-pekeliling dan arahan-arahan Pendaftar dan KADA yang berkaitan dengan pembangunan Institusi Peladang untuk dilaksanakan diperingkat PPK dan SKATA.
BHG. INDUSTRI MAKANAN & ASAS TANI

1. Merancang dan mengurus pengeluaran dan meningkatkan mutu tanaman bukan padi seperti sayur-sayuran, buah-buahan, herba, hortikultur, kayu-kayuan, ternakan, ternakair, kraf dan lain-lain.

2. Mengenalpasti dan menggalakan pengeluaran dan pemprosesan produk nilai tambah yang sesuai untuk pasaran.

3. Merancang dan melaksana pembangunan keupayaan usahawan bagi meningkatkan daya maju dan berdaya saing.

4. Menggalak, menyusun semula dan memodenkan pengeluaran perusahaan kecil dan sederhana (PKS) supaya lebih dinamik dan berdaya saing di peringkat global.

5. Merancang, menggalak dan menganjur aktiviti promosi produk-produk hasil petani dan usahawan KADA.

6. Menyelaras dan membantu menyediakan kemudahan kewangan dan bantuan sama ada dari Kerajaan atau swasta dalam program industri bukan padi.

7. Menggalakkan penglibatan sektor swasta dalam industri pengeluaran makanan dan pemasaran.

8. Memantau, mengenalpasti dan menyelaras kursus dan latihan yang berkaitan kepada petani dan usahawan.

9. Menyelaras dan bekerjasama dengan lain-lain agensi dan pakar-pakar yang berkaitan pengeluaran, penyelidikan dan perusahaan makanan dan bukan makanan bagi meningkatkan produktiviti, kecekapan pengeluaran dan pemasaran yang efisyen.

10. Memperkukuhkan sistem pemasaran dengan membangun dan menggalakkan rangkaian pemasaran, pembungkusan dan pengiktirafan yang melibatkan produk-produk petani dan usahawan.