Home NKEA

NKEA

PROJEK NKEA KADA

Projek NKEA (National Key Economic Area) KADA adalah Projek Estet Padi Secara Pengurusan Berpusat. Projek NKEA KADA adalah dibawah sektor pertanian program projek permulaan yang ke 11 iaitu EPP 11 : Memperkukuhkan dan Menambahbaik Produktiviti Penanaman Padi Di Kawasan Jelapang Lain.

NKEA ditakrifkan sebagai pemacu kegiatan ekonomi yang berpotensi memberi sumbangan secara langsung yang penting kepada pertumbuhan ekonomi Malaysia, dengan nilai yang boleh diukur melalui indikator pendapatan negara kasar (PNK) dan peluang pekerjaan yang diwujudkan serta menarik bakat terbaik. Pendekatan pembangunan ekonomi NKEA juga berbeza, di mana pertumbuhan ekonomi akan diterajui sektor swasta dan disokong oleh pihak Kerajaan yang bertindak sebagai pemudah cara dan fasilitator.

Matlamat KADA dalam pengurusan tanaman padi Projek NKEA adalah untuk menguruskan corak pengurusan tanaman padi secara lebih cekap. Iaitu KADA akan membuat jadual dalam semua peringkat aktiviti tanaman padi bermula daripada penyediaan tanah sehingga menuai. Manakala para pengusaha hanya mengikuti setiap aktiviti tersebut. Corak pengurusan berpusat akan mewujudkan aktiviti yang seragam.

Aktiviti yang seragam akan mengurangkan perbelanjaan dan juga memudahkan melaksanakan setiap aktiviti tanaman padi seperti:-

a) Pengagihan pengairan

b) Tenggala

c) Pembelian benih padi

d) Pembelian input seperti baja dan racun

e) Aktiviti penyemburan racun rumpai dan serangga penyaki dan aktiviti penuaian.

Manakala matlamat kerajaan adalah:- 

a) Untuk meningkatkan purata hasil padi daripada 4.0 tan/ha kepada 6.5 tan/ha

b) Untuk meningkatkan pendapatan perkapita RM24,000.00/tahun kepada RM48,000.00 setahun menjelang tahun 2020.

Siapa yang layak menyertai projek NKEA?

a) Semua pengusaha tanaman padi dalam kawasan KADA.

b) Pemilik tanah dan penyewa.

Kriteria pemilihan kawasan?

a) Keluasan adalah sekurang-kurangnya 100 hektar atau 250 ekar.

b) Kawasan yang berpotensi yang boleh meningkatkan hasil sehingga 6.5 tan/hektar.

Syarat-syarat menyertai projek NKEA?

a) Bayaran pengurusan akan dikenakan daripada pengusaha RM70.00 bagi setiap tan padi bersih

b) Kerajaan akan membayar wang insentif kepada tuan tanah RM2000.00/ha setiap musim selama 5 musim.

c) Jualan padi hendaklah melalui PPK.

PRESTASI LADANG NKEA BAGI TAHUN 2019

BIL. LADANG NKEA NAMA PPK LUAS (ha) BIL. PETANI (orang) PURATA HASIL BERSIH (tan/ha)
MUSIM UTAMA 2018/2019 LUAR MUSIM 2019
1.
Pauh Sembilan
Puteri Saadong
106.48
394
8.20
7.00
2.
Melor Lama F1
Jaya Peringat
23.71
45
7.20
7.00
3.
Tegayong
Jaya Peringat
30.55
52
8.00
7.10
4.
Melor Lama F2
Jaya Peringat
68.52
116
7.50
7.50
5.
Badak Mati
Jaya Peringat
102.31
267
7.00
6.10
6.
Alor Bakat
Sri Gunong
223.54
469
6.25
7.80
7.
Dalam Huma
Cherang Rotan
75.95
165
7.00
4.60
8.
Jal Kechik
Bunga Raya
126.30
360
7.50
6.80
9.
Teluk Jering
Bunga Raya
270.33
307
5.50
6.20
10.
Lachang
Sungai Ketereh
43.03
146
7.10
8.40
11.
Dendang
Sungai Ketereh
92.20
441
7.00
7.00
12.
Padang Upih
Sungai Ketereh
68.49
318
6.50
6.00
13.
Belukar Luas
Sungai Ketereh
37.85
186
6.00
6.00
14.
Tasek Pauh
Bukit Jawa
160.45
351
6.50
7.50
15.
Banggol Che Dol
Alor Mas
89.76
153
6.10
5.80
16.
Dato Paduka
Bakat Baru
78.97
534
7.50
8.00
17.
Betong
Nilam Puri
60.58
457
5.50
4.60
18.
Nilam Baru
Nilam Puri
79.43
50
6.20
6.00
  JUMLAH
1,738.46
4,811
6.81
6.63

 

Sumber : Buku Rumusan Perangkaan 2019,
Bahagian Pertanian

Kemaskini : 29/07/2020